Kejutan Sempena Birthday Bunda Tersayang
Kejutan Sempena Birthday Bunda Tersayang | Assalamualaikum.. Hari Jumaat lepas merupakan hari ulangtahun kelahiran buat emak Dilah yang ke 62 tahun.. Selamat Hari Lahir Bunda... Bunda ni panggilan untuk cucu-cucu, tapi sekarang ramai kawan2 adik Dilah pun dah panggil Bunda.. haha.. Birthday Bunda tahun ni special sikit sebab anak-anak buat surprise untuk beliau 2 hari berturut2 sebelum birthday beliau hari ni..
Kisahnya bermula bila Bunda Tokbah dan adik Dilah yang last (Cicu) pergi ke Taiping atas urusan bisnes untuk 3 hari. So dah alang-alang ke sana tu Cicu nak buat surprise kat Bunda dengan bawa Bunda Tokbah ke Cameron Highland (CH).. plan tu dia ada cerita dengan kitorang adik-beradik yg perempuan ni tp tak booking apa2 pun lagi.. kira last minute punya plan la ni.. Sebabnya beberapa minggu sebelum tu Bunda ada cakap bestnya kalau dapat pergi CH.. tp taknak jalan-jalan.. nak rileks2 jer.. sbb kitorang baru pergi bulan 12 tahun lepas, ala-ala family day la..
Kisahnya bermula bila Bunda Tokbah dan adik Dilah yang last (Cicu) pergi ke Taiping atas urusan bisnes untuk 3 hari. So dah alang-alang ke sana tu Cicu nak buat surprise kat Bunda dengan bawa Bunda Tokbah ke Cameron Highland (CH).. plan tu dia ada cerita dengan kitorang adik-beradik yg perempuan ni tp tak booking apa2 pun lagi.. kira last minute punya plan la ni.. Sebabnya beberapa minggu sebelum tu Bunda ada cakap bestnya kalau dapat pergi CH.. tp taknak jalan-jalan.. nak rileks2 jer.. sbb kitorang baru pergi bulan 12 tahun lepas, ala-ala family day la..
So sebab just nak rileks2 jer, Cicu booking bilik kat Tiny Boutique Habitat.. ni homestay yang kitorang stay masa bulan 12 tu la.. best sangat.. memang sesuai sangat untuk orang yg datang CH untuk rileks jer.. sbb kitorang dah kerap pergi CH, kira kebanyakan tempat dah pergi, so takde la heran nak berjalan sangat kan.. lagipun kat area Tiny Boutique ni pun dah best sangat.. boleh jer jalan2 sekitar Kg Taman Sedia tu untuk makan-makan, petik strawberry ke, kira lengkap la jugak kan..
Kejutan Pertama -Bercuti ke Cameron Highland
Berbalik pada plan Cicu tadi, hari rabu lepas balik dari rumah kawan Tokbah, Cicu cepat-cepat amik tempat dekat tempat driver.. dia nak drive pulak, katenya nak pergi rumah kawan dia dekat Ipoh. So Bunda OK la.. sekali bila sampai Simpang Pulai, Cicu masuk susur exit tu.. Bunda ok la.. tapi dia tanya jauh lagi ke? Cicu cakap jauh, dia dah mula gerak ke Cameron Highland. Bunda siap wassap Dilah cakap cicu ni nak bawak ke mana, dia kate nak ke CH, Bunda dah la xde bajet ni.. sbb tak plan kan.. Dilah pun buat2 tak tahu jer.. haha.. kesian bunda..
So betul2 cicu cakap nak pergi CH tu Bunda terkejut la.. biar betul kan.. dah la cicu tu first time drive naik jalan bengkang-bengkok macam tu ke CH.. antara percaya tak percaya jer la.. Alhamdulillah, cicu dapat drive baik2 naik atas tu..
![]() |
Bukan main lagi bunda tokbah ye.. hihi |
Kejutan Kedua - Homestay Tiny Boutique Habitat
Cicu naik ikut jalan Simpang Pulai.. So untuk ke Kg Taman Sedia tu agak pusing jauh la jugak.. tp it's ok sebab jalan tu lebih selamat dan besar.. Bila sampai TBH, lagi sekali Bunda terkejut sebab tak sangka nak stay dekat situ lagi.. maklum la, baru jer pergi situ last year kan.. kali ni pegi lagi.. pergi pun time weekday kan, so memang tak ada orang la kat situ.. aman dan tenang sungguh... Lagi2 kali ni pergi bertiga jer, takde cucu-cucu yang ramai tu ikut.. kalau tak memang tak tenang.. kejap2 Bunda nak kira cucu cukup ke tak.. haha...
Boleh baca detail mengenai Tiny Boutique Habitat Homestay di sini ;
Kejutan Ketiga - Wooden Pizza
Masa diorang kat Taiping tu Bunda ada bagi hint kat Cicu nak makan pizza.. Dominos Pizza la senang cakap.. tapi Cicu buat-buat tak paham jer.. sebab dia dah plan nak makan pizza kayu kat TBH ni.. Ya Allah, pizza kat TBH ni memang sedap sangat wehhh.. apa yg specialnya sebab pizza ni dimasak dalam oven kayu.. Dilah ada share kat entry Percutian kami kat TBH tu.. tengok link atas tu ya..![]() |
Amboi.. bukan main romantik lagi Bunda Tokbah ye.. hahaha |
Petang tu diorang santai2 berjalan kat kawasan sekitar Kg Taman Sedia tu jer.. yg bestnya, Kg Taman Sedia ni satu kawasan kampung muslim.. rumah pun dekat-dekat jer.. nak ke mana-mana jalan kaki jer senang.. so sebelah malam tu baru diorang makan pizza kat cafe TBH tu... jelesnya kite tak dapat makan.. huhu..
![]() |
Ni la wooden pizza yang super delicious tu.. |
Kejutan keempat - Bouquet Flower + Strawberry + Ballon
Kali ni surprise dari Dilah, Angah dan adik Dilah sorang lagi.. kitorang amik service surprise delivery bouquet bunga + stoberi + belon dari ig the_bunga_bouquet.. kitorang suruh diorang delivery sebelum Bunda checkout. halla.. ala... bestnya dapat surprise macam ni..Bunda memang terkejut sangat masa dapat tu tau.. yela, tak sangka ada surprise lagi.. pulak tu 1st time dapat hadiah bunga macam tu.. huawaaaa.. everything for you Bunda.. seronok tengok Bunda happy sampai menangis...
Terima kasih kat Cicu sebab sentiasa layan dan teman Bunda.. bawak Bunda dan Tokbah bercuti ke Cameron... Semoga dipanjangkan umur Bunda dan diberi kesihatan yang baik. Semoga dimurahkan rezeki Bunda selalu.. Sayang mak sangat2....
sweetnya mereka kan...mesti dia happy dilah bila anak² buat kejutan macam tu..
ReplyDeleteSemoga bunda berbahagia & sejahtera selalu
ReplyDeleteAllahuakbar, tiada yang lebih happy tengok orang tersayang happy.
ReplyDeleteselamat hari jadi bunda. semoga sentiasa sihat dan dilindungi oleh Allah :)
ReplyDeletewah....bestnya dapat surprise...
ReplyDeletehappy belated birthday bunda :)
Alhamdulillah, banyak ganjaran pahala bila menggembirakan ibu ayah ni dillah.. semoga mak dillah sihat2 sentiasa aamiin
ReplyDeleteSanah helwah bunda
ReplyDeleteSelamat hari lahir Bunda..Moga sihat dan bahagia selalu...
ReplyDeleteMoga Allah gandakan pahalanya buat Dilah ..
bestnya dapat bahagiakan diorang! selamat hari lahir buat bunda kak dilah!
ReplyDelete
ReplyDeleteشركة تنظيف المنازل بالجبيل
شركة تنظيف بالجبيل
شركة المثالية لتنظيف الفلل بصفوى
شركة المثالية لتنظيف المنازل بصفوى
شركة المثالية لتنظيف الشقق بصفوى
Selamat hari lahir bunda dilah semoga panjang umur n diperluaskan rezeki
ReplyDelete