Cameron Highland 2018 - Day 2
Cameron Highland 2018 - Day 2 | Assalamualaikum.. Sebelum habis tahun 2019 ni, baik la habiskan cerita family day ke Cameron Highland last year.. boleh tahan setahun jugak nak update ni.. hahaha.. hampeh teruk ni... Sebelum tu boleh baca cerita hari pertama di bawah ni ya.
Entry berkaitan;
Tea Boh Plantation Sg Palas
Macam Dilah cakap dalam entry sebelum ni, kitorang takde plan nak jalan banyak tempat.. just nak rileks2 jer.. ok, hari ke 2 ni nak pergi Tea Boh Plantation.. actually walaupun dalam tempoh 9 tahun ni dah pergi 5x pergi, tapi Dilah tak pergi lagi Teh Boh Plantation.. Last pergi masa sekolah rendah dulu.. perghhhh.. dekat 25 tahun tak pergi.. tapi ingat2 jer la jalan nak ke sana sempit sangat.. lalu tepi tebing jer.. berselisih kereta memang ngeri.. lepas tu asyik main hon jer sebab jalan selekoh2 tak nampak kereta depan.. Ayah Wan la syok giler main hon.. haha.. sebab 1st experience dia lalu tempat cam tu kan..
![]() |
Tinggi betul nak mendaki bukit ni.. |
![]() |
Bunda Tokbah minum XS Energy dulu before mendaki lebih tinggi.. |
![]() |
Sibling.. anak-anak wedok ni.. Along sorang je lelaki.. yg lain perempuan.. tu sebab anak kitorang ramai yg lelaki.. haha |
Kami melawat kilang teh boh, belajar
cara-cara memproses teh dari daun teh sehingga lah ke pembungkusan..
anak-anak pun seronok tengok.. masing-masing dapat belajar sesuatu dari
trip kali ni kan.. next kitorang jalan2 sekitar situ je la.. tak makan
pun kat cafe dia sebab penuh sangat ngan orang.. lepas bergambar kat
depan tu, kitorang pun turun semula..
![]() |
Che Ngah dah jadi cikgu sekolah mengajar anak2 pulak.. haha |
![]() |
the only family potret yg lengkap masa ke Cameron ni.. |
![]() |
time naik ibu yg carry baby.. nak turun turn ayah pulak.. |
![]() |
My mom a.k.a BUNDA |
Lavender Garden
Next destination, Lavender Garden.. ni 2nd time Dilah pegi sini.. Ayah Wan ngan Fattah Anas tak masuk sebab waktu tu x dapat parking.. so Ayah Wan turunkan kitorang je.. then dia gerak.. Kat dalam tu pun tak lama sangat.. tapi ada berenti kat cafe sbb nak bagi anak2 makan dan rest kejap.. lepas tu jalan balik then balik semula ke homestay..
Lunch dan aktiviti bebas
Masa tu dah tengahari, kitorang berpecah nak balik homestay sbb jalan pun jem sikit.. so memang tak tunggu la.. cari kedai makan tp tak jumpa yang menarik.. ada jumpa satu cafe ni tak jauh dari homestay, kawasan kg taman sedia tu juga.. baru bukak pukul 3 lebih time tu.. macam takde yg menarik, order waffle jer ngan minuman panas.. Ayah Wan masih tak puas hati lagi tak dapat makan waffle sedap kat cameron ni.. haha.. Cafe ni cantik, tp sayang makanan dia kureng sikit.. waffle tu lembik.. hope owner tu improve la service dan makanan dia.. x sure la makanan yg lain maybe sedap kot... sayang owner Melayu kan.. tapi presentation dia dah ok la menarik..
Then terus balik homestay.. rehat dan rileks before start BBQ malam nanti.. memang santai habis la.. kitorang rileks kat bilik, budak2 ni main kat luar, dengan rabbit.. main ngan cousin semua dah macam balik kampung rumah Bunda pulak gayanya.. haha.. memang enjoy sangat la diorang lepas bebas.. kitorang pun tak risau sebab main depan bilik tu jer kan...
BBQ @ Tiny Boutique Habitat
Petang tu hujan.. setakat gerimis sikit2 tu ok lagi.. ni sampai lebat tau.. yang budak2 ni boleh main hujan.. perghhh... tak sejuk ke nak? dah la cameron ni sediakala sejuk, bila hujan sejuk berganda wehhh... plan buat BBQ dekat tepi sungai.. tapi sebab hujan dan lecak sikit, meja tu susun tepi bilik jer kat koridor.. Dari pukul 6 lebih dah start hidupkan arang untuk bakar2.. mencabar jugak bila buat BBQ kat tempat sejuk ni kan..
Petang tu Angah keluar kejap cari jagung
dan keledek untuk dibakar masa BBQ. Ayam perapan dan nasi goreng order
dari orang luar yg diperkenalkan oleh anak owner TBH tu.. So far memang
puas hati ayam BBQ tu memang sedap.. nasi pun habis licin.. maklum ler
hujan2 dan sejuk kan, semua orang lapar.. haha.. boleh tengok entry bawah ni untuk lebih banyak gambar masa BBQ dan barang yang disediakan oleh TBH untuk BBQ.
Entry berkaitan;
Then kitorang pun order Wodden Pizza dari TBH. Ye, korang yang pergi Cameron kena rasa Wooden Pizza ni.. rasa dia sedap sangat weh... nak bakar dia sekejap sangat tapi ketuhar tu kena sentiasa hidup dari siang.. Dilah ada share macamna diorang bakar tu dalam FB last year.. hahaha... Oh ya, kitorang siap request Pizza bentuk LOVE lagi sempena Anniversary Angah & husband dia dan haritu juga birthday Angah..
Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.. makanan semua habis.. malam tu tidur dalam kekenyangan.. tidur dalam kepenatan.. haha.. sambung hari ke 3 nanti ya..
Lawak la nieyl ni...
ReplyDeleteBila buka blog ni..eh..kenapa entry 2018..
2x buka tau..rupanya akk baru up story cameron 2018 :)
cameron tempat percutian wajib kan seronok kalau pergi ramai sekeluarga menikmati udara sejuk sekali sekala dalam negara :)
ReplyDeletexprnh smpai lg kat CH ni..
ReplyDeleteteringin jgk nk pegi.. huhuuhuuu
2 kali pergi cameron tapi kc tak pernah (tak sempat) jejak ke lavender tuuu. macam best sanaa. banyak munge cantekkk cantek hehe
ReplyDeleteseronok pergi cameron sebab banyak sangat tempat menarik dan view pun cantik
ReplyDelete