Guardian Memperkenalkan Kotak Bertuah yang Diilhamkan Dari Korea Untuk Singles Day 11.11
Kuala Lumpur, 06 November 2019 - Anda rasa bertuah? Guardian Malaysia akan
memperkenalkan Kotak Bertuah (Lucky Boxes) yang diilhamkankan dari Korea buat
pertama kalinya ke seluruh negara pada 11 November bagi meraikan sambutan Singles
Day. Ia juga sempena pelancaran rangkaian produk penjagaan rambut dan badan, Botaneco
Garden Camellia and Rice Oils yang terbaru.
Apakah Lucky Box?
Kotak Bertuah (Lucky Box) ini sangat
popular di Korea, Jepun dan China di mana pelanggan harus membayar sejumlah
wang untuk menerima nilai yang melebihi dua atau tiga kali ganda dalam bentuk
produk daripada satu peruncit, semuanya dibungkus kemas di dalam sebuah kotak.
Para pelanggan sememangnya menanti-nanti pelancaran Lucky Box ini kerana mereka
mahukan lebih nilai dan kejutan!
Guardian Lucky Boxes boleh
didapati di semua cawangan Guardian pada harga RM50, dengan menawarkan nilai
RM100 serta nilai maksimum RM150 yang terdiri daripada produk kesihatan dan
kecantikan bersaiz penuh.
Singles Day, pada 11 November
menjadi hari membeli-belah secara offline dan dalam talian paling besar di
dunia. Ia dipilih sebagai tarikh ideal untuk Guardian melancarkan Lucky Boxes
yang pertama.
Rangkaian Produk Camellia & Rice Oils Botaneco
Garden Baharu Ada Di Dalam Kotak Anda?
Antara barangan yang
paling dinantikan di dalam Guardian Lucky Boxes ialah rangkaian produk Camellia
& Rice Oils Botaneco Garden yang baharu. Ia terdiri daripada syampu,
perapi, minyak rambut, perawat rambut, buih mandian, losyen badan dan krim
tangan yang diilhamkan daripada alam semula jadi. Bukan semua kotak bertuah
mempunyai produk ini, jadi pelanggan yang mendapati rangkaian produk ini sememangnya
sangat bertuah.
Menurut Pengarah
Pemasaran, Kesihatan dan Kecantikan South East
Asia Guardian Health And Beauty Sdn. Bhd, Cho Do Youn, barisan produk Botaneco
Garden yang ekstensif dan mempunyai pelanggan yang setia, menjadikannya ia sebagai
satu rangkaian Lucky Box yang cukup ideal.
“Botaneco Garden memiliki lebih 50 SKU, sekali gus menjadikannya antara
rangkaian produk mandian dan penjagaan badan berinspirasikan alam semula jadi
yang paling ekstensif di Guardian. Ia sentiasa menjadi produk terlaris kerana
dibangunkan untuk memenuhi keperluan penjagaan rambut dan kulit pengguna di
Asia. Dihasil menggunakan ramuan organik dan disahkan mesra alam (ECO) dengan
formulasi yang bebas daripada bahan kimia berbahaya serta pakej yang boleh
dikitar semula. Memandangkan semakin ramai rakyat Malaysia yang mengamalkan
gaya hidup mesra alam, produk Botaneco Garden dilihat sesuai dengan keperluan
dan gaya hidup mereka.”
“Ini merupakan Lucky Box pertama daripada Guardian Malaysia. Kami yakin rangkaian
produk baharu daripada Botaneco Garden ini akan menjadi kejutan istimewa di
dalam sebahagian kotak yang dikeluarkan. Pelanggan akan menerima nilai berganda
dan menjadi antara yang pertama untuk mencuba rangkaian produk ini,” jelas Cho.
Rangkaian baharu itu merupakan formulasi unik yang menggabungkan minyak
benih Camellia seed oil dari
Jepun yang menerima persijilan ECO 100%. Rangkaian produk ini mempunyai minyak bran beras organik dari India yang penuh
dengan anti-oksidan untuk memberikan rambut serta kulit yang sihat[1].
Rangkaian produk itu terdiri daripada syampu, perapi, minyak rambut dan
perawat rambut yang membantu menambah baik kondisi rambut rosak dengan lembut,
selain meningkatkan kekuatan rambut[2]. Tidak ketinggalan buih
mandian, losyen badan dan krim tangan yang melembabkan kulit, sekali gus
membantu menjadikan kulit lebih licin, selesa dan lembut[3].
Rangkaian Organic Camellia & Rice Oils Hair Botaneco
Garden Untuk Membaik Pulih Kerosakan Rambut – Bagaimana ia berfungsi
Rangkaian penjagaan rambut empat langkah ini dikhaskan
untuk rambut rosak. Diperkayakan dengan Keratin Tumbuhan, yang dapat membantu
menambah baik kondisi rambut rosak dan meningkatkan kekuatannya dengan cara
mengurangkan masalah rambut bercabang dan kutikel rosak dengan melancarkan
kutikel rambut. Memandangkan rambut rosak biasanya kelihatan kering, rangkaian
ini mempunyai bahan Panthenol yang membantu menambah baik kilatan rambut.
Manakala Vitamin E pula membantu melindungi folikel rambut daripada kerosakan
radikal bebas.
Formulasi ini bebas daripada parabens, silikon, pewarna,
alkohol, minyak mineral, petrolatum, DEA dan lanolin. Jadi, pengguna boleh
berasa yakin apabila memilih produk kecantikan berasaskan kepada alam semula
jadi daripada Botaneco Garden[4].
Untuk mendapatkan hasil terbaik, gunakannya sebagai satu
regim penuh. Mulakan dengan syampu dan perapi, kemudian sapu dengan minyak
rambut sebelum dikeringkan untuk mendapatkan rambut yang licin. Perawat rambut
pula perlu digunakan seminggu sekali.
“Rangkaian Botaneco Garden Organic Camellia & Rice
Oils memang ideal untuk mereka yang mempunyai kutikel dan rambut rosak seperti
bercabang. Di samping mereka yang mahu meningkatkan kekuatan rambut kerana
produk ini dihasil untuk menangani dan membantu masalah-masalah yang dihadapi
ramai. Ia juga lembut bersama wangian yang mengasyikkan,” kata Cho.
Rangkaian Melicinkan Tubuh Botaneco
Garden Organic Camellia & Rice Oil Body – Bagaimana ia Berfungsi
Rangkaian produk mandian Botaneco Garden Camellia & Rice Oils khas
untuk mereka yang mahukan kulit lebih licin kerana ramuan-ramuannya mampu
menyegar, mengekalkan tona kulit sihat memulihara keanjalan kulit serta
melembab untuk kulit yang lebih licin, lembut dan selesa. Ia didatangkan dalam
bentuk buih mandian, losyen badan dan krim tangan.
Ia diperkaya dengan Keratin Tumbuhan untuk membantu mengekalkan kelembapan
dan kelembutan kulit[5]. Penambahan Niacinamide menyumbang kepada
kulit yang tiada cela, kuat dan sihat. Anda dicadang supaya menggunakan
rangkaian penuh produk ini, bermula dengan buih mandian yang diformulasi bebas
daripada paraben dan sabun. Diikuti oleh losyen tangan yang diformulasi bebas
daripada petrolatum
dan tidak melekit untuk melembab serta melicinkan kulit dengan lembut.
“Pelancaran Botaneco Garden Lucky Box dengan produk yang sesuai untuk rambut rosak dan
melicinkan kulit yang anda perlukan dilihat tepat pada masanya serta menawarkan
nilai hebat. Dapatkannya untuk kegunaan sendiri atau sebagai hadiah. Ia hadir
dalam satu kotak minimalis yang boleh diguna semula. Pergi ke Guardian dan tengok
tuah anda!,” kata Cho.
Produk-produk rangkaian Botaneco Garden Camellia dan Rice Oils dijual
pada harga RM20.70 untuk syampu sesuai untuk rambut rosak (500ml) dan perapi rambut (500ml). Manakala minyak rambut
(95ml) berharga RM19.60 dan RM16.50 sebotol untuk perawat
rambut (225ml). Rangkaian
produk penjagaan badan seperti buih mandian (500ml) ditawarkan pada harga RM20.70
sebotol, losyen badan (400ml) berharga RM16.90 dan krim tangan (60g) RM9.80.
Produk-produk ini boleh didapati di kedai dan e-stor Guardian di seluruh
negara.
Kotak-kotak Guardian Lucky boleh didapati di seluruh negara pada Singles
Day 11/11/2019. Stok adalah terhad, jadi dapatkan segera untuk melihat tuah
anda.
Ikuti https://www.instagram.com/mybotanecogarden/
untuk maklumat lanjut dan kemas kini mengenai Botaneco
Garden.
wow macam best je dapat lucky box ni!
ReplyDeletecantiknya packaging produk Botaneco Garden tu..
ReplyDelete