Bawa Anak-anak Menonton Ejen Ali The Movie : Neo - Ceritera Ibu

Bawa Anak-anak Menonton Ejen Ali The Movie : Neo




Bawa Anak-anak Menonton Ejen Ali The Movie : Neo | Assalamualaikum.. Dah masuk minggu ke 2 cuti sekolah ni.. Apa aktiviti korang dengan anak-anak?  Masa awal cuti sekolah aritu dah bawa anak-anak bercuti di Muar, ada family day kat sana.. so anak-anak pun dah enjoy sangat.. puas mandi kolam kat homestay tu.. nanti Dilah share kisah family day yg best sangat tu ye..


Last weekend pulak bawak anak-anak pergi tengok wayang.. cerita apa lagi, dah tentulah cerita tengah hot sekarang ni iaitu Ejen Ali The Movie : Neo.. Actually Dilah tak bagitau pun kat anak-anak yg kitorang nak bawak diorang tengok wayang.. kalau tak banyak pulak soalannya.. Kebetulan pulak hari sabtu tu Dilah nak closing.. nak pergi shop Amway dekat Nusa Bestari. So terus decide kita pergi Aeon Bukit Indah jer la.. dekat sikit dengan shop Amway..


Kitorang sampai Aeon pukul 12 lebih.. terus tengok tiket dulu.. waktu yang terdekat semua full.. so macam tak jadi nak tengok.. pergi la round2 dulu kat area Aeon tu.. pusing-pusing xde arah tujuan.. cakap ngan Ayah Wan.. kite tengok jer la movie pukul 4.15 tu.. takdela lama sangat pun nak tunggu.. sementara kita pergi makan dan boleh pergi shop Amway dulu.. so setel beli tiket terus pergi makan dulu.. lepas tu baru pergi shop Amway..

  
Settle urusan kat shop, terus pergi Aeon semula.. time tu dalam pukul 3.30 ptg.. malangnya cari parking xde.. dekat 30minit jugak kitorang pusing2 dalam tu.. parking full.. anak-anak dah mula risau Ejen Ali dah nak mula.. haha.. tapi, Alhamdulillah,akhirnya dapat juga parking.. Macam tu la Aeon Bukit Indah kalau weekend, memang payah nak dapat parking.. haha..


Tepat jam 4.15 ptg, kitorang dah sampai cinema. sebelum masuk beli popcorn dulu.. then baru masuk.. biasa la, 20 min baru movie bermula.. Kakak Diyana, abg Faris dan Ayah Wan kusyuk tengok Ejen Ali.. Ibu ni hah yang tak dapat fokus sebab baby Mika tak duduk diam. Dia asyik nak turun dari kerusi jer.. Ibu duduk tepi tangga. so si kecik tu asyik main naik turun tangga.. Rupanya dia berak, tu yang tak selesa nak duduk..

Terpaksa la ibu pergi ke toilet jugak untuk salinkan baby.. Ibu dah keluar, tetiba baru perasan si Fattah Anas ikut keluar jugak pergi toilet.. lepas ibu settle kan baby, boleh pulak si Fattah pun nak berak sekali.. adoi.. bertambah lama la nak settlekan 2 beradik ni.. dah la toilet TGV tu takde tempat baby.. pastu kat sinki pulak jenis condong.. tak boleh nak berdirikan baby untuk pakaikan pampers dan salin baju.. menduga betul 2 beradik ni tau.. time ni la nak berak berjemaah.. haha..


Selalu kalau tengok wayang Faiz Mikail ni behave jer.. tengok separuh jalan pastu dia tido.. kalau tak tido pun kejap2 menyusu.. tapi kali ni dia memang berjaga jer dan siap main naik turun tangga.. last2 ibu pun duduk kat tangga atas sekali tu sambil jaga dia.. 

Walaupun tak dapat tengok beberapa minit masa pergi toilet tu, tapi Dilah rasa cerita Ejen Ali The Movie ni best sangat.. Kakak dan abg pun paham jalan cerita. Banyak unsur kasih sayang dan nilai-nilai murni yang ditunjukkan dalam movie ni.. Memang terbaik la.. 

Lepas ni nak tengok cerita apa pulak?? Frozen 2? Takde dalam plan.. haha..

6 comments:

  1. Tak berkesempatan lagi nak bawa anak² tengok ajen ali. Best ek!

    ReplyDelete
  2. 1st cuti sekolah..anak2 kat rumah.
    2nd week ni anak2 kat rumah nenek.
    best gak kalau bawak budak2 tgk wayang weekend ni..

    ReplyDelete
  3. aida kasik full marks kat citer ni.
    sgt suka.

    ReplyDelete
  4. masing-masing seronok dapat tengok Ejen Ali. ramai yang kata best. Tapi itulah, belum ada kesempatan nak tengok wayang lagi

    ReplyDelete
  5. hhhehehhehehe... ain pulak nengok ejen ali dengan anak jiran..kihkihkih..

    ReplyDelete