Jam Skmei untuk anak-anak
Jam Skmei untuk anak-anak | Assalamualaikum.. Dah lama anak-anak minta belikan jam.. Bukan tak pernah Dilah belikan mereka jam.. dah beberapa kali juga belikan jam untuk mereka.. tapi sekejap jer jam tu dah rosak / hilang.. Letak bersepah-sepah dan tak dijaga sebaiknya.. So kali ni kena bagi pengajaran sikit kat anak-anak.. Tak semua benda yang diminta senang-senang boleh dapat. Belajar hargai pemberian orang..
So setelah beberapa bulan asyik merengek nak jam.. Akhirnya bulan ni baru ibu belikan jam.. Sempena 12.12 aritu, Dilah beli jam Skmei kat Shopee.. Harga asal RM40++ tapi bila sale 12.12 tu harga RM15 ~ RM19.90. Boleh la kan harga tu.. yang penting dari review yang Dilah baca mengenai jam brand Skmei ni, jam ni bagus dan berkualiti. Tahan lama dan tak mudah rosak macam jam kanak-kanak yg biasa harga RM10 ~RM20 tu..
Memandangkan Kakak Diyana pun dah nak naik darjah 4 tahun depan, so boleh la beli jam yang baik sikit untuk anak-anak.. Bukan sekadar nak ada jam, tapi biarlah jam yang tahan lama dan berkualiti.. InsyaAllah, ibu percaya kakak dah pandai jaga jam sendiri.. Lagipun kakak memang dah tahu tengok jam kan, so memang takde masalah bagi dia.. Dilah pun belikan jam analog, bagus jugak untuk dia biasakan tengok jam macam tu, sebab dalam subjek matematik pun ada belajar masa jugak kan..
Bagi Abang Faris Zakwan pulak, ibu belikan jam jenis digital sebab dia belum pandai baca jam lagi.. so mudah la dia nak tengok jam nanti.. lagipun, budak laki kan, jam macam ni nampak sporty sikit. sesuai la dengan dia.. cuma dia taknak warna yang cerah sikit.. pilih warna hitam.. okla tu, at least kalau nak pakai sekolah pun warna tidak la menyerlah sangat kan.. haha..
Fattah Anas pula ibu belikan jam yang sama design dengan abg Faris. Walaupun Fattah belum pandai tengok jam lagi, tapi kalau abang ada jam mesti la dia nak jugak kan.. tahun depan dah masuk 5 tahun.. dah tadika betul.. Ibu tanya "Attah pandai tengok jam tak?? " Fattah Anas jawab, "Pandai.. tengok ni Attah tengok jam.." sambil mata dia pandang jam tu.. Amboi, pandai melawak ye, dia tengok jer jam tu dia cakap dah pandai tengok jam ye.. sabo je la anak..
Alhamdulillah, sebelum naik sekolah dapat tunaikan permintaan anak-anak nak jam.. Walaupun lambat, ibu akan cuba tunaikan.. cuma nak bagi pengajaran jer sikit tu yang lambat-lambat ibu tunaikan.. Semoga anak-anak ibu belajar menghargai pemberian orang. Belajar rajin-rajin.. Dengar cakap ibu ayah tau...
teringat Iman masa kecik, suka belikan dia jam2 yg macam ni
ReplyDeletekan kak.. dulu beli yg belas2 ringgit tu, kejap je dah rosak.. asal ada jam je kan.. ni anak2 dah besar sikit, kena beli yg berkualiti sikit baru dapat pakai lama..
Deletemurah sgt la tu! puas hati beli ms sale..
ReplyDeletebetul tu.. lagi nak beli 3 kan, kena la beli time sale baru dapat murah..
DeleteComel je semua muka happy
ReplyDeletedapat jam mesti happy.. hehe
DeleteWaalaikumussalam. Best suka semua dapat jam. Warna pun lawa 😍
ReplyDeletelawa.. ada banyak pilihan warna juga..
DeleteCakap psl jam ni kak...anak buah nieyl sorang tu baru lepas sunat..demand juga nak hadiah jam tangan lepas sunat kata dia...hehe...dlu masa kecik-kecik nieyl pun suka kumpul jam, bila dah besar ni tak suka pakai jam..
ReplyDeletebila sunat mesti kita nak bagi reward utk anak kan.. biar dia bersemangat dan tak takut.. hehe.. dilah pun suka kumpul jam.. tp dah beberapa bulan ni x pakai jam sejak jam tu rosak.. haha
Deleteijat lom lagi lah nak jam :)
ReplyDeletekakak-kakak last year aida beli kan jam.
alhamdulillah masih bertahan hingga ke ari ni.
kann.. bila anak dah besar sikit boleh beli yg berkualiti dan harga lebih sikit.. baru tahan lama..
Deletealorrr comel Attah punya ada pink pink gitu ekkk..hahahhaha
ReplyDeleteBUdak2 memangkan.... belilah berapa banyak pun... asyiklah hilang/rosak
ReplyDeletemurah dan cantik
ReplyDelete