JJCM : Cendol Kg Hulu dan Mango Float Royale Melaka @ Muar - Ceritera Ibu

JJCM : Cendol Kg Hulu dan Mango Float Royale Melaka @ Muar


JJCM : Cendol Kg Hulu dan Mango Float Royal Melaka @ Muar | Assalamualaikum.. Awal cuti sekolah aritu Dilah sekeluarga ada family day dekat Cemara Villa Muar.. tapi belum sempat update lagi cerita family day tu.. hahaha.. xpela, nanti Dilah update ye.. arini just nak share lepas habis family day tu kami ke Muar Street..

Tujuan ke Muar Street ni sebab nak pergi Cendol Kg Hulu jer asalnya.. nama jer orang Melaka tapi tak pernah makan lagi Cendol Kg Hulu tu.. pernah pergi sekali yang kat Melaka tu tapi takde parking, so malas nak tunggu kitorang balik jer.. So bila tau kat Muar pun dah ada Cendol Kg Hulu ni, awal-awal lagi dah inform Angah nak pergi sini..


Cendol Kg Hulu ni terletak di salah satu jalan di Muar Street.. stallnya kecik sahaja dan terletak di belakang deretan kedai.. tapi kawasan tu cantik dan redup..masa kami sampai tu memang takde orang lagi.. ada beberapa meja sahaja..



Ada beberapa jenis cendol, cendol durian, longan, jagung, mangga, koktail dan kelapa laut madu..tapi Dilah order 2 sahaja sebab nak rasa jer kan.. portion pun besar.. nak order yg mangga tapi xde pulak time tu.. so order Cendol longan dan cendol koktail sahaja.. cukup la untuk kitorang berenam.. yang lain2 order cendol jagung..



 Rasanya??? Mesti la rasa cendol.. but, to be honest, Cendol Kg Hulu ni tak berapa kena dengan tekak Dilah dan family kitorang.. Dilah ni memang suka sangat makan cendol tau.. tp cendol kat sini not my taste.. sebab apa?? rasanya berbeza.. setahu Dilah santan tu dah dibekukan dulu dan baru dikisar santan ais tu untuk dijadikan cendol.. tu yang rasa dia dah lari sikit.. ni pada pendapat Dilah la.. pada tekak orang lain ok je sedap kan.. sedap tu kan subjektiff.. dan itu la jugak kelainan yg dibuat oleh Cendol Kg Hulu berbanding cendol di tempat lain kan.. Tapi puas hati la dah dapat rasa kan..


Next, kami ke Mango Float Royale Melaka pulak.. Senang je nak cari Mango Float ni, betul2 dekat tepi jalan yang ada parking.. memang akan jumpa Mango Float ni dulu sebelum jumpa Cendol Kg Hulu tu.. so lepas dah jalan-jalan, kitorang ke sini pulak..


Mula-mula order Mango Float dulu.. kat sini ada juga jual makanan hipster Prank Fries.. ada beberapa jenis fries.. so kitorang order Chilli Cheese  (recommanded) dan bukan biashe2.. kedua2nya sedap..



Chilli Cheese ni sedap.. selain fries ada juga daging cincang dalam tu.. cheese dan mayonis tu dah tentu ada la.. dan rasa pedas2 sikit.. sedap memang sedap tapi makan banyak sangat boleh muak jugak..

Budak-budak pula makan yang ni.. fries bukan biashe biashe.. fries letak cheese dan mayonis.. tak pedas.. sama jugak, sedap memang sedap tapi makan banyak sangat boleh muak.. budak2 suka sangat.. order 3 bekas kot habis licin makan ramai2.. 

So itu la sesi JJCM kami di Muar.. nanti Dilah share dekat Muar Street pulak ye.. doakan la Dilah rajin2 update blog ye.. haha..

9 comments:

  1. nyummmmm meleleh ayaq liur tengok gambar. hehe

    ReplyDelete
  2. wow!mcm menarik je mango float tu..

    ReplyDelete
  3. wah... ingat kan dilah ke melaka.
    rupanya makanan melaka di muar :) hi hi hi...

    ReplyDelete
  4. LeYa yang kadang balik kampung suami, Otomen pun tak pergi lagi Cendol Kg Hulu kat Melaka tu.. Hehe.. Tengok lah nanti ajak Otomen pergi rasa..

    ReplyDelete
  5. cendol kampung hulu ni lebih kepada bingsu kan, dia ais kisar...cendol hipster gituuu

    baru tau kat muo pun adooo

    ReplyDelete
  6. wahhh macam best je nnt boleh la pergi sana.. eh mmg plan ea semua baju merah?

    ReplyDelete
  7. Nanti balik kg suami kat Kampung Tui boleh ajak dia g snini... nak try la

    ReplyDelete
  8. Macam best je makan kat sini dah la comey gerai nya

    ReplyDelete
  9. dah 2 kali mama dengar dah pasal cendol hulu ni maka wajib lah mama pergi rasa bali kg nanti

    ReplyDelete