JJCM | Major Street, Kulai dan KAWD JB sempena birthday Dilah - Ceritera Ibu

JJCM | Major Street, Kulai dan KAWD JB sempena birthday Dilah


JJCM | Major Street, Kulai dan KAWD JB sempena birthday Dilah | Assalamualaikum.. Masa birthday Dilah haritu, time lunch hour tu dah celebrate dengan geng mak-mak di Major Street Kulai. Ni kali ke 3 kalau tak silap Dilah makan kat Major Street.. Makanan best dan portion besar. Harga pun mampu milik, tak mahai sangat..




Kali ni Dilah just share apa yg kitorang order aritu, next time Dilah share masa makan dengan family pulak ye.. Kitorang makan bertiga jer, tu pun tak habis sebab portion banyak.. Dilah dan Mira order Grill Chicken dan Kak Pida order Fish & Chip. tak lupa Beef Nancos yang sedap sangat..






Kak Pida ngan Mira dah siap beli slice kek dekat SDS sebab kat Major Street ni takde kek.. ala2, siap nak berkek2 bagai kan.. dah macam2 makanan tu macamana la nak habis makan kan..


Cerita malam tu pulak, keluar ngan anak2 dan Ayah Wan.. Kakak nak pergi SDS sbb kat sana ada kek.. tapi asyik makan SDS jer, macam boring pulak kan.. lagipun kalau setakat nak makan kek, kek SDS petang tadi ada lagi.. dah bagi diorang makan dulu.. So malam pergi makan dekat KAWD Pulai Perdana pulak..










Macam biasa order nasi goreng daging yang best tu.. tp kali ni rasa dia macam tak mantap masa makan birthday Faris aritu, tapi tetap licin.. haha.. Then order burger untuk untuk Faris, Ibu amik mac & cheese.. Kakak ngan Fattah sharing mushroom soup with garlic bread.. 2 orang ni memang hantu mushroom soup betul tau..

9 comments:

  1. kenapa semua sedap sedap ni???? T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedapnya.. lagi2 kalau lapar.. haha

      Delete
  2. waalaikumussalam. wah bestnya. terliur tengok gambar makanan. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best..yg teringat ni pun boleh terliur jugak.. hehe

      Delete
  3. Replies
    1. tengok gambar makanan memang terus jadi lapar kan.. hihi

      Delete
  4. kenapa geng mak2 macam muka anak dara ni? hew hewww

    eh eh tak pernah cuba air sebegitu rupa kat KAWD...nanti nak try lerr...ade marshmallow pulekkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. cam anak dara ke?? haha
      Tu air ice blended choc sun..

      Delete