Carseat untuk Faiz Mikail
Carseat untuk Faiz Mikail | Assalamualaikum.. Seperti yang semua sedia maklum, tahun ni akan bermula penguatkuasaan penggunaan carseat untuk kanak-kanak. Memang bagus guna carseat ni.. masa anak Dilah yang sulung tu, rumah babysitter jauh dari rumah yg baru kitorang beli.. so bila pindah rumah tu, Dilah tak tukar babysitter dulu sebab rumah tu dekat ngan ofis. So Dilah tiap-tiap hari pergi balik kerja bawak si kakak tu. Memang takde masalah nak duduk dalam carseat kalau kita dah ajar anak dari baby lagi..
Carseat kakak tu boleh guna sampai anak ketiga. tapi masa tu dah jarang guna carseat sebab rumah babysitter yang baru dekat sangat dengan rumah.. guna carrier jer.. sesekali jer bila nak pergi check up kat klinik, baru guna sebab Dilah pergi berdua jer dengan anak.. kalau masa lain biasa memang pangku jer baby tu.. so anak memang tak suka sangat dengan carseat.
Tapi sekarang ni kerap jugak Dilah keluar bertiga dengan baby dan kakak. Sebelum ni Dilah letak baby tu dalam carrier jer.. baby tu pulak jenis halus jer, so walaupun dah setahun masih muat duduk dalam carrier tu.. tapi kalau perjalanan jauh memang tak selesa la sebab carrier tu rendah kan.. terbaring jer..
So memandangkan tahun ni pun akan mula penguatkuasaan penggunaan carseat, Dilah pun cari carseat yang baru untuk Faiz Mikail. sepatutnya Fattah Anas tu pun kena duduk dalam carseat jugak. tapi kereta kami tak muat la pulak nak letak 2 carseat dengan 4 orang anak kat belakang.. Doakan la ada rezeki kami nak tukar kereta mpv nanti.. masih survey2 lagi.. memang dari tahun lepas dah suarakan dengan Ayah Wan untuk tukar kereta tu sebab anak-anak pun makin membesar.. tapi kami masih bertahan lagi..
Ada beberapa jenis carseat yang Dilah survey. harga harus lah yang mampu milik untuk kami.. lagipun dengan anak naik sekolah lagi, kena la buat belanjawan betul-betul.. target nak beli 2 untuk Fattah dan Faiz, tapi kami beli 1 dulu sebab kereta tak muat.. hahaha..
![]() |
Koopers Lavolta |
![]() |
Kooper Lavolta - untuk baby Mika still boleh back |
![]() |
Halford |
Model Koopers ni adalah model Koopers Lavolta untuk berat 0-25kg. Boleh guna dari newborn sampai 6-7tahun. Anak-anak Dilah pun jenis yang halus kecik jer.. so untuk spec yang ini, Fattah dan baby boleh guna carseat yang sama.. macam kakak tu dah 10tahun berat baru 25kg. so InsyaAllah untuk spec ini memang anak boleh guna lama. untuk Halford tu pun spec memang sama sbb design pun sama sebijik kan..
Dari segi harga pula, Koopers Lavolta harganya RM399 untuk promosi ni sementara Halford RM359. Tapi masa kami pergi kedai tu dapat less lagi RM339. so jimat RM60. So Ayah Wan decide amik Halford. ada 2 warna, hitam dan merah. kami amik warna merah..
Masa mula-mula duduk dalam carseat tu, memang la Faiz Mikail menangis minta keluar. tapi Dilah dah pesan dengan anak-anak, biarkan sahaja.. layan baby dan lekakan baby dengan benda lain.. Alhamdulillah, sekarang ni baby dah ok duduk dalam tu.. dah tau itu tempat dia.. sampai kalau Fattah Anas nak duduk situ pun dia marah dan halau abang dia.. haha
Masa mula-mula duduk dalam carseat tu, memang la Faiz Mikail menangis minta keluar. tapi Dilah dah pesan dengan anak-anak, biarkan sahaja.. layan baby dan lekakan baby dengan benda lain.. Alhamdulillah, sekarang ni baby dah ok duduk dalam tu.. dah tau itu tempat dia.. sampai kalau Fattah Anas nak duduk situ pun dia marah dan halau abang dia.. haha
Tapi kadang-kadang abang duduk jugak.. selesakan duduk dalam tu.. nak tido pun tak payah gaduh-gaduh dengan kakak dan abang.. Alhamdulillah.. selesai urusan carseat untuk baby..
ank sy dh xnk duk dlm carseat..
ReplyDeletekalo duk pon bertahan 5 minit je.. huhu
kes yg sama, anak2 mesti akan nangis bila kena duduk dalam carseat T_T
ReplyDeleteBaby Nami pun still guna baby carseat since baby pun jenis halus ja, berat badan susah nak naik.
ReplyDeleteMahal jugak harga carseat ni.. Tapi keselamatan lagi penting.. Belum ada rezeki anak lagi, kita tgk dulu org beli carseat utk anak²..
ReplyDeletenasib baik la ena simpan carseat lama sebab sumayyah pon kateogri kena pakai.hehe. tunggu untuk adik plak kena beli. Harap dia nak la duduk.
ReplyDelete