Pokok Hiasan Pertama - Ceritera Ibu

Pokok Hiasan Pertama


Pokok Hiasan Pertama | Assalamualaikum.. Niat untuk beli pokok hiasan dalam rumah ni dah lama dah.. tapi bila suarakan pada Ayah Wan, dia asyik tak bersetuju jer.. Alasannya, tunggu la kita renovate rumah dulu la, tunggu pindah rumah la.. Tapi sampai ke sudah tak pindah, tak renovate rumah.. makanya tak jugak dapat beli indoor plant ni.. sedihhh.. huhu..

Pilih yang mana berkenan

Yang ni pun macam cantik kan..

Semangat tahun baru ni, Dilah suarakan lagi sekali nak beli pokok hiasan... kali ni Ayah Wan tak boleh nak tolak dah.. alasan kukuh, nak tunggu berapa tahun lagi baru dapat beli kan.. Sudahnya dia pun terpaksa akur juga akhirnya.. hahaha.. 

Akhirnya pilih yang ini.. suka sangat..

So 2 minggu lepas, kitorang pun pergi la nursery.. puas dibelek-belek dan dipilih-pilih, akhirnya Dilah pilih pokok atas ni.. tak tahu nama pokok ni.. cantik kan.. tapi murah jer rupanya.. harga RM12. Ingatkan mahal-mahal harga pokok hiasan ni kan.. rupanya ada juga yang murah.. saiz pun boleh tahan dah besar sikit.. lepas ni boleh la beli pokok lain pulak..


Paling tak tahan, Ayah Wan pun nak beli pokok hiasan untuk dia jugak.. tapi tu pokok2 zaman dulu-dulu dah ada.. rumah mak Dilah dulu ada.. ala-ala pokok bongsai macam tu.. nak tau tak? harga pokok dia lagi mahal dari pokok yang Dilah punya tau.. pokok ni harga RM27. mula2 dia nak amik yang RM35, then dia amik yang saiz kecik sikit harga RM27 je.. ewahhh.. dulu kate tak payah beli, sekali bila nak beli dia pulak yang over tau.. hahaha..


Lepas tu siap beli pasu lagi untuk repot pokok tu.. eh, harga pasu pun lagi mahal dari harga pokok Dilah tu tau.. pasu jer dah RM17.. adoiii.. dulu tak bagi sangat kite beli, tapi sekali beli dia pulak yang over tau.. nampaknya lepas ni boleh la Dilah beli lagi..

dah tumbuh daun baru lagi.. kerap jugak keluar daun baru..

Actually sebelum ni Dilah ada la juga taman pokok kaktus.. beli kat Cameron Highland dulu.. dari 9 pokok sekarang ni tinggal 3 pokok jer yang masih hidup subur.. pokok kari dan pokok jambu ada jugak.. tapi untuk indoor plant ni memang 1st time beli.. InsyaAllah, lepas ni boleh la beli lagi.. anak-anak pun rajin jugak tolong ibu siram pokok bunga ni..

5 comments:

  1. Husband nieyl, mmg suka pokok yang berwarna hijau je...klu tgk dkt taman nieyl tu, hijau je... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestnya Nieyl.. sejuk mata memandang tengok hijau2 kan...

      Delete
  2. waalaikumussalam. cantiknya, hijau tu segar ja ^_^

    ReplyDelete
  3. baik beli..hahah..kang sampai ke sudah tak membela pokok..hehehe..sihat sikit pemandangan mata kan dilah...

    ReplyDelete
  4. nak pokok kemunting cina tak? amek satu pasu kat umah saya...hahahhahahahah banyak sangat tumbuh, rimas lak...ri tu da kasi jiran satu pasu...­čĄú

    ReplyDelete