WW114 :: Beg Sekolah Baru Fattah Anas - Ceritera Ibu

WW114 :: Beg Sekolah Baru Fattah Anas


WW114 :: Beg Sekolah Baru Fattah Anas | Assalamualaikum.. 2 hari lepas, sebaik ibu sampai rumah, Fattah Anas datang dekat ibu dan mengadu.. "Ibu.. boleh tak ibu belikan beg baru untuk Attah?? Beg Attah dah koyak.. zip dah rosak.. tak boleh tutup lagi..." kata Fattah Anas dalam keadaan sayu.. Fattah Anas ni kalau time sedih memang muka dia ketara nampak sedihnya.. sayu sangat.. x sampai hati kita tengok muka dia yang sedih tu..


Memandang masa dia cakap tu dah magrib, dah ibu takde plan nak keluar rumah, so keesokkan harinya ibu terpaksa cari beg sementara untuk letak baju Attah untuk ke sekolah.. Ya, Fattah Anas pergi tadika cuma bawak baju spare dan tuala sahaja.. buku, alat tulis semua tinggal kat tadika..


Balik kerja semalam terus ibu singgah Pasarayaku untuk beli beg baru Fattah Anas.. balik tu terus ibu tunjuk dia beg yang baru dibeli.. happy tak terkata dia tau.. senyum lebar..."Terima kasih ibu belikan beg baru untuk Attah.. Attah suka sangat beg ni.. " Alahai, sweet sangat anak ibu ni.. sama2 sayang.. Masa buka sekolah aritu memang tak beli beg baru pun.. yang mana boleh guna lagi tak perlu la beli baru kan.. so bila dah jadi macam ni, memang ibu tak kisah nak beli baru..

3 comments: