Casa Loma Hotel Cameron Highland - Ceritera Ibu

Casa Loma Hotel Cameron Highland

Casa Loma Hotel Cameron Highland | Assalamualaikum.. Kalau korang perasan, Dilah sekeluarga ni memang suka sangat pergi Cameron Highland.. Walaupun jauh dari Johor Bahru dan Melaka, tapi kitorang sanggup redah perjalanan yang jauh tu demi untuk menikmati permandangan indah dan sejuk di Cameron Highland.. rasanya semua orang suka ke Cameron Highland kan.. suasana yang nyaman, sejuk dan pemandangan yang menghijau tu buat kita rasa happy dan tenang.. Hilang rasa stress semua kannn.. hehe

Bila pergi bercuti beramai-ramai dengan family ni, kitorang lebih suka cari homestay atau hotel yang mesra family dan suasana macam kat kampung.. Tidak terikat sangat dengan gaya hotel. So anak-anak bebas bermain dan berjumpa dengan sepupu-sepupu mereka.. Antara yang homestay yang menarik minat Dilah di Cameron Highland ni adalah Casa Loma Hotel Cameron Highland.

 

Casa Loma Hotel Cameron Highland

pic : google

Casa Loma Hotel yang terletak di Greenhill Resort Tanah Rata ni sangat sesuai untuk penginapan keluarga. Setiap bilik dilengkapi dengan televisyen LCD satelit, bilik mandi bersambung dengan pancuran mandian air panas, balkoni peribadi dengan pemandangan panorama dan wifi percuma.

Casa Loma Hotel Cameron Highland kemudahan
Kawasan hotel juga dikelilingi dengan taman berlandskap yang penuh dengan pokok-pokok bunga yang hidup subur.  Terdapat 3 jenis penginapan yang ditawarkan iaitu king room, triple room dan chalet 1 bilik lengkap dengan kemudahan asas.
 
pic : google
 

 
Memang sesuai sangat kalau datang bercuti bersama family sebab ada tempat santai-santai.. anak-anak nak bermain di luar, kita boleh duduk lepak-lepak di tempat yang disediakan.. nak buat aktiviti dengan family pun tiada masalah..
 
 
Paling Dilah suka kawasan ni tenang dan tak serabut dengar bunyi kereta sebab jalan jem.. Ya, jangan tak tau, Cameron Highland ni bila public holiday dan hujung minggu jalan selalu sesak.. So kalau kitorang datang Cameron ni biasanya lebih suka santai-santai menikmati permandangan.. malas nak bersesak-sesak berjalan ke tempat yang ramai orang.. tu sebab Dilah suka pilih homestay or hotel yang jenis macam ni..
 
Bunglow Green Hill Green Hill Resort, Cameron Highland
39000 Cameron Highlands, Pahang.
Harga : RM229 - RM356
 
Tapi kalau korang nak tengok pilihan homestay dan hotel lain di Cameron Highland, boleh tengok di Hotel Cameron Higland tebaik dan murah ya..
pic : google
 
 

4 comments:

  1. nampak macam best. boleh consider next time bercuti

    ReplyDelete
  2. Bolehlah nanti try stay kat sini, nampak menarik sangat...

    ReplyDelete
  3. cantiknyaaa hotel dia kakkk..moga satu hari nanti ada rezeki ke sini...

    ReplyDelete