Doa Minta Dijauhkan dari Segala Penyakit Wabak - Ceritera Ibu

Doa Minta Dijauhkan dari Segala Penyakit Wabak


Doa Minta Dijauhkan dari Segala Penyakit Wabak | Assalamualaikum.. Negara kita kini sedang dilanda gelombang kedua wabak penyakit Covid-19. Gelombang pertama hari tu terdiri daripada wargannegara China yang lebih ramai dari warga tempatan. Dah kesemua 22 orang pesakit tu pun dah sembuh..

Setelah hampir seminggu lebih tiada pesakit baru, beberapa hari lepas mula gelombang kedua wabak ini.. Kali ni lebih teruk merebak kerana yang kena warganegara Malaysia. Orang kita yang ramai berhubung dengan kontak rakan sekerja, family dan juga menghadiri beberapa event. Sebab tu peningkatan mendadak positif Covid-19 dalam 2 hari ini.. Semalam sahaja ada 14 kes baru dari kontak yang sama.. Hari ni pun dah tentu ada lagi. Dekat group whatsapp Dilah pun dah kecoh.. ada kontak kepada kes sebelum ni menghadiri event di sekolah di JB ni.. so memang dah kecoh kat group sekolah juga..


So marilah kita sama-sama berdoa agar kita dan keluarga serta rakan-rakan dilindungi dari terkena penyakit wabak ini.. Sudah tentu mereka yang sudah positif tu pun tak nak mereka dijangkiti.. Setiap orang perlu ambil peranan masing-masing.. selebihnya berdoa dan mohon perlindungan dari Allah..
 
Amalkan langkah-langkah perlindungan diri sepanjang masa seperti menjaga kerap mencuci tangan dan memakai penutup mulut jika tidak sihat. Elakkan ke tempat-tempat sesak dan tumpuan orang ramai. Cuti sekolah tak lama lagi pun kalau boleh kurangkan travel ya lagi-lagi yang guna kenderaan awam seperti kapal terbang, bas, LRT, MRT dan sebagainya.. Nak senang duduk rumah buat aktiviti di rumah sahaja atau balik kampung sahaja.. 

6 comments:

  1. semoga kita semua dilindungi daripada wabak penyakit ini, aamiin aamiin

    ReplyDelete
  2. semoga kita sume dijauhi dr wabak merbahaya ni.. aminnn..

    ReplyDelete
  3. Moga kita semua dalam perlindunganNya..in sya Allah

    ReplyDelete
  4. Moga Allah pelihara kita semua Insyaallah.

    ReplyDelete
  5. ameen ameen ya Allah...sama2 kita jaga diri dan keluarga...

    ReplyDelete