Koleksi Pokok Hiasan :: Bulan Mac - Ceritera Ibu

Koleksi Pokok Hiasan :: Bulan Mac


Koleksi Pokok Hiasan Bulan Mac | Assalamualaikum.. Dilah pernah share kat IG Dilah yang start tahun ni Dilah nak kumpul pokok hiasan.. Ala-ala hobi baru la ni.. so start bulan Januari hari tu Dilah dah mula beli pokok hiasan tak kira la untuk indoor plant or outdoor plant.. Dilah target sebulan dapat beli 2 or 3 jenis pun dah ok kan.. nanti cukup setahun dah banyak la pokok Dilah.. sementara tu pokok yang ada boleh re-pot kepada beberapa pasu lagi kan.. 

3 minggu lepas Dilah dah beli pokok untuk bulan ni.. Tapi bila scroll balik baru perasan pokok untuk bulan lepas Dilah belum ada share lagi.. nanti next time Dilah share ye.. macam tak ada pulak amik gambar pokok beli bulan lepas.. so kali ni terus update pokok bulan Mac jer.. haha

1) Caladium Lindenii




Masa mula-mula tengok pokok ni Dilah dah suka.. actualy ada beberapa jenis pokok yang Dilah berkenan. Tapi pilih pokok yg ni dulu sebab tengok daun tu nampak cantik.. time beli tu ada jugak beberapa tunas baru yg nak keluar.. 1 pasu ni harganya RM18 sahaja.. daun pun besar dah...

2) Snake Plant


Awal tahun hari tu Dilah dah plan nak beli pokok ni.. Tapi Ayah Wan cakap tak payah beli la.. so time tu tak jadi beli.. so masa nak beli pokok untuk bulan ni, tengah belek2 pokok apa yang nak beli, saje la tanya pekerja nursery tu harga pokok ni.. Dia jawab RM12 je.. ehh.. murah pulak.. so amik jer la pokok ni dulu.. haha..  Ayah Wan geleng kepala jer.. haha.. tak kira nak jugak..

3) Golden Photo


Dilah tak pasti nama pokok ni sama ke dengan pokok golden photo jenis daun yg kecik sikit tu.. atau namanya sama jer.. senang cerita adik-beradik la kan.. cuma yg ni daunnya lebih lebar dan besar.. Dilah beli terus 1 set yang dah siap ada batang ditengah tu. Harganya RM20 sahaja.. murah jugak la..

Itu lah 3 koleksi terbaru Dilah untuk bulan Mac ni.. RM50 dapat beli 3 jenis.. Ahad lepas Ayah Wan tolong Dilah repot pokok2 ni dalam pasu baru.. eh.. bukan pasu baru pun, pasu-pasu lama yg ada tersadai kat rumah ni.. tanah pun ada sikit jer yg tinggal.. sayang pulak aritu tak beli pasu baru dan tanah sekali sekali.. Time MCO ni la ada masa nak belek2 pokok lebih sikit kan.. boleh la hilang boring duk terperap kat rumah kan..

5 comments:

  1. Cantik, bagus lah aktiviti alam sekitar camnii..hehee

    ReplyDelete
  2. Mudah2an hidup subur tanaman hiasannya

    ReplyDelete
  3. kak ana dah lama tak tambah koleksi pokok Dilla :)

    ReplyDelete
  4. suka jugak tengok daun pokok pertama tu...cantik..

    ReplyDelete
  5. Terus teringat pokok kat umah.. Lama dah tinggal

    ReplyDelete