Pelan Rumah Impian Banglo 1 Tingkat 5 Bilik Tidur dan 5 Bilik Air
Pelan Rumah Impian Banglo 1 Tingkat 5 Bilik Tidur dan 5 Bilik Air | Assalamualaikum.. Dari dulu lagi, Dilah mempunyai impian untuk memiliki rumah sendiri yang dibina di atas tanah dengan design sendiri.. Rumah tersebut mestilah mempunyai kawasan tanah disekeliling rumah, tak perlu luas sangat tetapi cukup la sekadar boleh bercucuk tanam dan ada ruang untuk anak-anak melakukan aktiviti di luar rumah..
Ciri-ciri lain yang untuk rumah impian Dilah adalah rumah impian tersebut merupakan sebuah rumah banglo 1 tingkat yang mempunyai sekurang-kurangnya 5 bilik tidur. Kenapa nak rumah 1 tingkat? Tak nak 2 tingkat, kan nampak gah kalau 2 tingkat?? Haha.. Dilah dah terbiasa duduk rumah setingkat je dari kecik.. tinggal di kampung kan.. paling tidak pun kalau 2 tingkat tu takde la 2 tingkat macam kat bandar ni kan.. begitu juga dengan Ayah Wan yang dah biasa duduk rumah setingkat dari kecil lagi..
Banyaknya bilik tidur sampai 5 buah? Siap 5 bilik air lagi tu.. Yela, Dilah kan ada anak ramai.. So at least setiap orang ada bilik sendiri.. paling tidak pun, mesti ada sebuah bilik untuk tetamu. So bila mak ayah dari kampung datang boleh la mereka tidur di bilik tetamu.. Dari kecik Dilah dah biasa tidur di bilik sendiri yang dikongsi dengan kakak.. Tak ada tidur lepak di ruang tamu.. lagi-lagi bila semakin dewasa kan, tak manis pulak tidur berlonggok kat hall.. Sebab tu la Dilah nak anak-anak Dilah pun alami suasana yang sama macam Dilah..
Bercerita pasal rumah impian ni, Dilah ada beberapa design pelan rumah yang menarik hati Dilah.. yela, walaupun nak design rumah sendiri, tapi at least adalah bayangan design tu sebagai rujukan kan.. baru lah mudah untuk kita bagitau pada kontraktor yang nak buat rumah tu kan..
Contoh pelan rumah banglo setingkat ini direkabentuk oleh Nas Nuri Construction. Satu ciri istimewa yang ada pada rumah ini ialah ia mempunyai void
area seluas 380 kaki persegi di ruang tamu untuk menjadikan rumah ini
kelihatan besar dan gah. Ini dapat dilakukan dengan meninggikan struktur
rangka rumah dibahagian ruang tamu. Hasilnya jarak antara siling rumah
dengan lantai dapat dinaikkan.
Dilah suka design rumah ni kerana bilik tidur tetamu dan ruang meja makan diletakkan dibahagian hadapan berdekatan dengan ruang tamu dan bilik tidur utama. Dan terdapat sebuah bilik air di ruangan tersebut. Ruangan hadapan dan belakang pula dipisahkan oleh ruangan dapur basah dan dapur kering.
Susunatur bilik tidur anak-anak
Kedudukan bilik tidur anak-anak pula terletak di belakang ruang dapur.. terdapat juga sebuah ruang untuk keluarga berdekatan dengan bilik anak-anak. So bila ada tetamu datang, takde la anak-anak mengganggu tetamu kan.. Kita pun tak segan la kalau anak bising dan bersepah di ruang keluarga tu.. hahaha.. maklum la anak ramai kecik-kecik ni kan.. paham-paham je la kan keadaan rumah tu macamana..
Ini gambaran rumah impian Dilah. So macamana pula dengan rumah idaman korang?
menarik design dalam rumah...
ReplyDeleteBestnya.. 5 bilik Tu Kira Luas rumk ni
ReplyDelete