Tahniah Tan Sri Muhyiddin Yassin - Perdana Menteri Malaysia ke 8 - Ceritera Ibu

Tahniah Tan Sri Muhyiddin Yassin - Perdana Menteri Malaysia ke 8


Tahniah Tan Sri Muhyiddin Yassin - Perdana Menteri Malaysia ke 8 | Assalamualaikum.. Setelah hampir seminggu negara kita dilanda dengan kemelut politik di Malaysia, akhirnya terjawab sudah teka-teki siapakah Perdana Menteri Malaysia yang ke-8. Pada 29 Februari yang lepas, YDPA telah mengumumkan Perdana Menteri Malaysia yang ke 8 adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin. Tahniah diucapkan kepada Tan Sri. Rasanya belum terlambat lagi kan Dilah nak ucapkan tahniah ni.. hihi..


Dilah ni memang tak berapa arif mengenai isu politik negara. Tidak la sampai tidak ambil tahu langsung, tapi sekadar membaca dan tidak la mengkaji sedalam-dalamnya.. Sekadar ambil tahu sahaja.. selebihnya biarlah mereka yang lebih arif untuk bercakap hal politik ni.. Risau nak share dan komen lebih-lebih di media sosial. Yela, zaman sekarang ni, sangat mudah nak dapat dosa di media sosial kan.. tak pasti jangan share, takut fitnah dah dapat dosa. Tu belum kita komen dan post, orang lain komen dan maki2 sekali.. terpalit 'saham' untuk kita sekali nanti kan.. takut sungguh...

Apapun semoga negara kita terus maju, aman dan terhindar dari bala dan kejahatan.. Rakyat perlu bersatu hati dan jangan la bertindak sesuka hati.. ikut peraturan yang telah ditetapkan.. kepada semua pemimpin negara, semoga dapat menjalankan tugas yang telah diamanahkan dengan jujur dan penuh bertanggungjawab. Setiap yang dilakukan akan dihitung di 'sana' nanti..


3 comments:

  1. mugo negara akan tatap aman damai sejahtera sentosa senantiasa. aminn

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah, semoga tanahair kita akan terus di bawah lindunganNya jua.. aamiin

    ReplyDelete
  3. moga ada sinar yang lebih baik..ameen

    ReplyDelete