Resepi :: Daging Masak Ungkep mudah dan sedap - Ceritera Ibu

Resepi :: Daging Masak Ungkep mudah dan sedap


Resepi :: Daging Masak Ungkep mudah dan sedap | Dilah ni dah lama tak masak daging kat rumah ni.. asyik makan ayam/ikan/telur.. boring pulak.. lagipun beberapa bulan kebelakangan ni Dilah macam x de selera sangat nak makan ayam.. tak tau la kenapa.. So bila PKP ni lagi la setiap hari nak kena masak kan, tu yg lagi jemu asyik ayam, telur, ikan, sotong.. Kebetulan kat group wassap ada orang share org jual daging siap boleh delivery lagi, so apa lagi, terus order daging 2 kg.. Minta pack 500g siap2 senang nak masak..

Plan asal nak buat rendang masak rendang tp pagi tu tetiba Ayah Wan request Daging masak Ungkep lak.. so meng'google' la cari resepi sbb dah lama x masak Ungkep ni kan.. So simpan resepi kat sini, senang nak cari nanti..haha

Daging Masak Ungkep

Bahan-bahannya

300g daging (dihiris)
1sk serbuk ketumbar *ditumbuk
1sk serbuk jintan manis *ditumbuk
1sk serbuk jintan putih *ditumbuk
Garam & gula secukup rasa (Dilah guna gula melaka)
Air secukupnya
3 helai daun limau purut

Bahan kisar
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 batang serai
1 Inci halia
2 Inci kunyit hidup
7 biji cili padi (kalau nak pedas boleh tambah lagi)
.
Cara Penyediaan
1. Tumiskan bahan kisar sehingga terbit minyak.
2. Masukkan daging dan bahan tumbuk.. Gaul rata..
3. Tambahkan sedikit air, garam dan gula secukup rasa. Letak daun limau purut yg dikoyak2. Gaul rata.
4. Tutup kuali dengan penutup.. biarkan daging sehingga empuk.. jika air kurang/Kering, tambah air.. kalau nak berkuah letak lebih sikit.. (Dilah tadi just letak 1 cawan air je, xde tambah2)
5. Bila daging dah empuk, dan cukup rasa, dah boleh tutup api. Siap..
6. Selamat mencuba.
.
Kalau nak mudah dan daging cepat empuk, masak je guna periuk noxxa tu.. Dilah boleh pulak terlupa nak masak guna periuk noxxa time ni.. so bertabah la nak menunggu daging tu empuk.. kejap-kejap kena rasa dah empuk ke belum.. hahaha.. Resepi ni memang kena dengan tekak Ayah Wan yang ceerewet tu.. rasa pedas-pedas dia pun just nice.. so harus tepek sini resepi ni.. 
Diharap menu ni boleh la buat tambah idea nak masak apa kan.. mesti dah buntu nak masak lauk apa lagi.. Ok selamat mencuba korang..


5 comments:

  1. sedapnya kak! aduhhh terasa-rasa kat lidah ni...

    ReplyDelete
  2. Mudah betul nak buat daging ungkep ni.. sedap pula tu. mama pun nak try masak guna noxxa la nanti

    ReplyDelete
  3. Selalu juga dengar ayam masak ungkep tapi tak pernah cuba lagi sampai sekarang­čśů.

    ReplyDelete