Random Thursday :: Menu Minum Petang Sepanjang PKP - Ceritera Ibu

Random Thursday :: Menu Minum Petang Sepanjang PKP

Random Thursday :: Menu Minum Petang/Sarapan Sepanjang PKP | Assalamualaikum.. Dilah ni tak rajin memasak.. tapi bila dah 24jam duk rumah ni, anak-anak asyik lapar jer.. Breakfast biasanya memang Dilah skip masak sebab anak-anak bangun lewat.. So Dilah ngan Ayah Wan sarapan yang simple2 je la.. Lunch, minum petang dan dinner jer masak.. Antara menu minum petang yang Dilah dah masak semasa PKP ni seperti berikut..

Kek Marble

Bubur Pengat Labu

Popia Carbonara

Roti Sosej Berkeju

Risoles

Keledek Goreng

Megi Goreng

Bubur Pulut Hitam

Kek Coklat Moist

Kek Batik (tak sempat nak amik yang dah siap.. haha)

Ni antara makanan yang sempat Dilah amik gambar la.. Dilah ni tak rajin sangat nak  amik gambar. anak-anak dah tak sabar nak makan, so tak kuasa la nak amik gambar lagi.. haha.. Selain ni Dilah buat Jemput-jemput udang, Pisang Goreng, Nasi Goreng, Jemput-jemput Ikan Bilis dan banyak lagi..

Dilah sekadar share jer kot-kot boleh bagi idea kat korang yang dah kekeringan idea macam Dilah ni kan.. Dah lebih 20 hari PKP ni otak pun dah tepu nak masak menu apa kan.. Nak kena masak sarapan, lunch, minum petang dan makan malam.. Kadang-kadang pening kepala nak pikir menu apa nak masak.. haha.. Tu Dilah la..

3 comments:

  1. Anak kecik-kecik memang seronok masak macam-macam Dilah, sebab budak suka makan, kalau anak Sis ni dah besar, tekak lain plak seleranya...tapi kalau nak, sendiri buat hahahahaha

    ReplyDelete
  2. sedapnya kek coklat moist tu kakkk! takde open order keee...hahahahahaha

    ReplyDelete
  3. Popia carbonara dengan risoles tu dari dulu fiza teringin nak buat. Bila tengok gambar dilah ni ngidam balik haha

    ReplyDelete