Resepi Popia Carbonara Cheese Sedap - Ceritera Ibu

Resepi Popia Carbonara Cheese Sedap


Resepi Popia Carbonara Cheese Sedap | Assalamualaikum.. Sepanjang PKP ni dah 2 kali Dilah buat Popia Carbonara Cheese ni sebab Ayah Wan dan anak-anak suka sangat.. buat lebih dan boleh frozenkan sekali.. so time minum petang or sarapan tinggal goreng jer.. maklum la, time PKP ni semua asyik lapar jer.. haha...

Actually Dilah buat Popia Carbonara ni tak guna Sos Carbonara tau.. so bahan untuk inti tu pun lain sikit la.. tapi rasa hampir sama.. dan inti popia ni Dilah ikut cara buat inti Risoles Ayam Berkeju yang Dilah buat dulu.. boleh tengok resepi Risoles Mudah di bawah ni..

Korang juga boleh tengok Resepi Risoles Ayam Berkeju 


Memandangkan masa 1st batch yang Dilah buat tu cepat jer abis, kali ke-2 Dilah buat lebih banyak lagi.. so untuk bahan yang Dilah share ni boleh dapat lebih kurang 60pcs ++ Popia Carbonara. Kira 1 pack kulit popia yg 50pcs tu memang tak cukup.. haha.. Jom kita tengok resepinya..

POPIA CARBONARA CHEESE


Bahan-bahan utk inti:
6 biji kentang
1 batang carrot
Isi ayam bahagian dada
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
4 keping slice cheese
1 kiub ayam
Serbuk lada sulah
Serbuk lada hitam
1/2 cwn air (agak-agak)
2 sudu butter
1 pack kulit popia
1 sudu tepung gandum (sebagai gam)

Cara penyediaan inti


1. Potong dadu kentang dan carrot. Cincang isi ayam kecil- kecil.
2. Panaskan kuali dan cairkan 2 sudu butter.
3. Tumiskan bawang besar dan bawang putih yg telah dipotong dadu sehingga naik bau.. masukkan kiub pati ayam.. kacau rata..
4. Masukkan kentang dan carrot ke dalam kuali.. tambahkan sedikit air utk empukkan kentang.
5. Masukkan isi ayam dan gaul rata..
6. Masukkan serbuk lada sulah dan lada hitam..
7. Masukkan slice cheese yg telah dikoyak-koyakkan.. kacau sehingga sebati...
8. Biarkan seketika sehingga inti kering sedikit baru la tutup api.. siap!!

Bila inti dah sejuk sikit dah boleh la buat popia macam biasa.. tepung gandum tu bancuh sikit dengan sedikit air untuk dijadikan sebagai pelekat/gam.. Buat la popia satu persatu.. then boleh frozenkan juga.. yang nak simpan untuk frozen tu tak perlu digoreng tau.. boleh terus simpan jer..


Alhamdulillah... untuk bahan ni Dilah dapat frozenkan 2 bekas tippuware Ikea tu..  1 bekas tu muat 22 pcs.. balance tu Dilah terus goreng untuk minum petang.. krup krap krup krap la makan popia sedap tu.. hihi..

Okla.. Selamat Mencuba korang.. pastikan menu ni ada dalam list berbuka korang nanti.. hehe...

4 comments:

  1. sedap kalau buh isi banyak-banyak

    ReplyDelete
  2. Memang sedap ni, cuma nak goreng tu hati-hati, memang akan meletop kann hahahaha

    ReplyDelete
  3. teringin nak rasa, tapi malas nak buat...hahahhahahha

    ReplyDelete
  4. Sedap Popiah Carbonara cheese. Baru juga buat beberapa hari lepas untuk supper.

    ReplyDelete