Koleksi Pokok Hiasan Bulan April - Ceritera Ibu

Koleksi Pokok Hiasan Bulan April


Koleksi Pokok Hiasan Bulan April | Assalamualaikum.. Sedar tak sedar bulan April telah pun berakhir.. Dah masuk bulan Mei pula.. Hari ni Dilah dah start masuk ofis. Walaupun sekarang semua orang kena duduk di rumah, tapi dalam kesibukan kena bekerja dari rumah sebelum ni dan melayan anak-anak, ramai yang dah mulakan hobi baru seperti hobi mencuba pelbagai jenis masakan baru dan juga menanam tanaman.. nasib baik hobi tanam indoor plant ni Dilah dah mulakan awal tahun aritu.. so at least ada la terapi buat Dilah bila boring dan stress tak boleh keluar rumah kan.. hehe

Memandangkan sepanjang Bulan April ni PKP, so tak dapat la nak pergi nursery untuk membeli pokok yang baru kan.. So Dilah guna option lain iaitu beli secara online.. awal bulan April aritu Dilah dah order pokok dari 3 seller yang berlainan di shopee.. Ya, Dilah beli kat shopee sahaja.. 1st time nak order tu tawakal jer la harap2 pokok sampai dengan selamat dan dalam keadaan baik.. Jom tengok pokok apa yang Dilah beli untuk koleksi bulan April

1) Alocasia Amazonica


Ini antara salah satu pokok idaman.. Dilah suka tengok bentuk daun pokok ni.. shape dia unik dan warna dia pun cantik berkilat.. pokok ni takde la banyak sangat daunnya.. tapi masa Dilah beli aritu dapat pokok yg dah nak tumbuh daun baru.. so lepas seminggu terima, daun tu pun dah mengembang (betul ke word ni ek? haha) cantik berkilat warna daun baru ni.. so far memang mudah sangat dijaga.. takde rosak daunnya..


2) Monstera Swiss Cheese Rhaphidophora Pertus

Panjang beno namanya.. panggil monstera je sudah kan.. haha.. ni pun pokok yang dah lama teringin nak beli.. tapi bila tengok harga jadi takut nak beli.. hahaha.. sebab mahai jugak ye pokok ni.. kebetulan jumpa kat shopee tu harganya cuma RM18 je.. so macam eh ada jugak yg murah kan.. tp boleh agak la saiznya tentu la kecik je..

Keadaan masa terima pokok ni.. terlupa nak amik gambar yg terkini..
So Dilah pun beli sama seller ngan pokok Alocasia tu.. sekali sampai pokok ni takde la kecik sangat.. daun pun banyak.. tp memandangkan antara 3 pokok yg dibeli tu pokok ni paling tinggi, so kedudukan pokok ni dalam kotak tu agak terseksa sikit.. haha.. so daunnya ada yg terlipat dan macam terpatah sikit mcm tu.. memang tinggalkan kesan kat daun, semua daun bergaris2.. tapi lepas beberapa hari, pokok ni mula segar dan tegap balik.. cuma kesan garis terlipat tu tak dapat dihilangkan.. xpela.. redho jer la kan..


But the best thing, after 2 weeks, Dilah dah nampak banyak pucuk baru dah keluar.. ada dalam 5,6 tempat tau.. alhamdulillah.. mesti cantik bila semua daun baru tu dah keluar nanti.. baru nampak meriah.. nanti Dilah update lagi kalau dah keluar semua daun baru ye..

3) Syngonium Podophylium


Pokok ni Dilah ingatkan daunnya besar ala2 alocasia tu la.. tapi rupanya daunnya jenis kecik comel lebih kurang or lagi kecik dari pokok phyto tu.. but its ok.. daunnya jenis rimbun jugak walaupun nampak macam layu sikit bila dapat tu.. 1 pasu kecik tu harganya RM7 sahaja.. Bila dapat Dilah terus repot pokok ni jadi 2 pasu.. Lepas sehari je terus nampak segar pokok ni.. naik tegak daunnya..

4) Million Hearts Trailing Plant


Pokok ni jenis daun yang berjuntai-juntai tu.. kecik-kecik halus jer daunnya.. agak mudah dijaga.. letak bawah cahaya matahari terus pun takde masalah.. tapi macam lambat je membiak.. haha.. tak sabar nak tengok pokok ni membiak dengan jayanya.. baru nampak cantik juntai2 tu kan..

5) Peperomia Puteoalata Parallel



Dilah follow je nama yg kat shopee ni.. memang x tau nama betul dia pun sebelum ni.. pokok ni pun jenis juntai2 cantik.. tp letak bawah cahaya sangat ada jugak daun yg layu.. so kasi tempat redup sikit la..

6) Begonia Rex


Pokok ni random pick dari seller.. Dilah beli 2 jenis.. so tak tau la nama spesifik setiap jenis ni.. nampak cam cantik kan.. harganya cuma RM10 sepasu.. daun meriah lebat.. masa dapat pun masih segar lagi walaupun duk terperap beberapa hari dalam kotak tu kan.. tapi bila dilah letak dekat tempat yg kena cahaya direct, daunnya mula layu pulak.. alahai.. sayang sungguh...


Sekarang ni Dilah dah repot setiap jenis jadi 2 bekas.. dan letak tempat redup jer.. harap2 lepas ni ok la daunnya.. kembali segar macam mula2 dapat dulu.. cantik kan macam corak batik daunnya..

So tu dia 7 jenis pokok hiasan yang Dilah beli dari shopee.. tak agak2 kan.. 1st time beli terus rembat 7 jenis.. haha.. rambang mata la nak memilih.. Lepas ni dah berani la nak order online lagi.. dah mula survey untuk pokok bulan Mei..

7 comments:

  1. banyak pokok dilah beli.. liez masih duduk dlm cart lagi.. duk nak beli dr seller yg dilah bgth tu.. mcm nak tambah lagi pokok sebab tu tak checkout lagi..

    ReplyDelete
  2. Makk aii kemain banyak ko beli kat Shopee pokok hahahaha...nanti nak gak le try beli...

    ReplyDelete
  3. Hobi yg bagus...melihat hijau mmg menenangkan

    ReplyDelete
  4. peminat indoor plant ni rupanya..saya pun baru berjinak-jinak dengan indoor plant awal tahun hari tu, bila PKP, jagalah pokok yg ada dulu..bagi hidup subur dulu..hehe..

    ReplyDelete
  5. oh ada nama tersendiri rupanya semua pokok-pokok ni :) baru tahu! :) Nice sharing

    ReplyDelete
  6. cantiknya yang first tu! macam keladi pun ada tapi bukan...

    ReplyDelete
  7. Banyaknya koleksi pokok..cantiklah yang Million Hearts tu. gantung nampak cantik :)

    ReplyDelete