Pengalaman Bersalin Nur Dayana Aleesya ketika 25 minggu - Ceritera Ibu

Pengalaman Bersalin Nur Dayana Aleesya ketika 25 minggu

Pengalaman Bersalin Nur Dayana Aleesya ketika 25 minggu | Assalamualaikum.. Hari ni Baby Dayana dah 82 hari. sepatutnya due Dilah 22 Ogos ni.. Dari hari pertama Dilah bersalin, ramai yang tanya macamana Dilah boleh bersalin awal sangat pada usia kandungan baru 25 minggu.. Ramai yang terkejut tiba-tiba tau Dilah bersalin.. yela, sebab tak ramai pun yang tahu Dilah pregnant time tu.. haha.. To be honest Dilah sendiri pun tak menyangka Dilah akan bersalin awal sebab Dilah tak masalah semasa pregnant sama macam masa pregnant anak yang lain.. kecuali ada kencing kotor..

10 Mei 2020, Ahad (24w3d)

Dilah ada rasa sakit masa nak buang air kecil.. Then rasa kat bawah ari-ari tu sakit jugak.. so pergi klinik.. Masa tu Dilah ada masalah keputihan jugak tapi yang biasa jer la.. Bila check urine, confirm ada kencing kotor.. Doktor bagi ubat insert.. Masa tu ada scan baby jugak.. scan 2D biasa je la.. dan time tu jugak baru tau jantina baby.. Dapat baby girl.. geng kakak Diyana.. memang suka la dia kan..

13 Mei 2020, Rabu (24w,6d)

Hari ni puasa hari ke 20. Bangun pagi macam biasa untuk sahur.. kejut Ayah Wan then sahur sama-sama.. tak ingat makan apa aritu tapi Dilah macam biasa la minum protein + kurma.. tengah bersahur dalam kul 5.30am macam tu terasa ada air keluar celah kelengkang.. ehh.. tak kan terkencing pulak.. pastu tak berenti pulak tu.. terus Dilah pergi tandas.. air terus turun laju.. Dilah dah cuak.. air ketuban ke ni?? Sebab perasan masa mula-mula air tu nak keluar ada bunyi “ploppp”.. bila bau memang takde bau air kencing la.. haha…

So terus bgaitau Ayah Wan.. air ketuban dah pecah.. ni bukan leaking lagi  memang dah pecah terus ni.. ni 1st experience Dilah air ketuban pecah dulu.. 4 anak yg lain semua doctor or nurse yang pecah kan.. so memang terkejut + cuak sebab baru nak masuk 25w.. awal sangat.. so cepat2 mandi solat dan siap2 nak pegi hospital.. sementara tu inform bos Dilah tak masuk ofis aritu sbb ke hospital.. anak-anak? Tinggal je kat rumah, tapi dah kejut kakak Diyana bagitau ibu ayah pergi hospital dulu.. tengokkan adik risau dia bangun cari ibu nanti..





Dekat pukul 7am Dilah pegi hospital Sultan Ismail (HSI). Masa tu memang rasa air keluar lagi.. masa kat rumah dah salin pad wing penuh air.. sampai kat hospital pegi terus ke bilik saringan.. tengok ibu lain semua tengah sakit nak bersalin.. Dilah sorang rileks je tak de rasa sakit Cuma tak selesa air masih keluar walaupun tak banyak sangat.. time doctor check tu rasa air mengalir banyak jugak… bagitau nurse, dia cakap takpe.. 


Doktor ada masukkan 1 alat tu untuk confirmkan betul ke tak yg keluar tu air ketuban.. so bila keluarkan alat tu ada warna biru-biru ke hitam mcm tu menandakan yg tu memang air ketuban.. Then doctor scan perut nak tengok keadaan baby.. Alhamdulillah, baby ok takde masalah.. Cuma air ketuban sebelah bawah dah kat border line.. belah atas masih ok lagi.. Berat baby pun baru 690g je.. memandangkan Dilah baru 25 minggu, doctor bagitau ada 3 risiko yg mungkin terjadi..


3 kemungkinan yg akan berlaku,
1. Bersalin awal - high risk sbb baby terlalu kecik.
2. Baby boleh meninggal dalam perut
3. Boleh stop leaking dan dapat bertahan sehingga baby cukup bulan baru bersalin..


Memandangkan ada kemungkinan bersalin awal, doctor pun bagi suntikan dexa pada Dilah bagi mematangkan paru-paru baby.. ok part ni nebes sikit.. sebab dari cerita yang Dilah dengar dari kawan2 dan pembacaan, injet dexa ni sakit sangat.. ada yg cakap macam kena api la.. so Dilah macam dah prepare la, rileks.. sakit sikit.. kena tahan… Tarik napas… nurse pun injet.. tunggu punya tunggu takde rasa sakit pun mcm yg kwn2 cakap.. Ya Allah, memang Allah permudahkan sangat.. langsung takde rasa sakit.. kita ni punya la debor kan macamana la sakit tu..




Lepas tu Dilah masuk wad.. ya, kena tahan wad, doctor nak monitor.. kalau air keluar banyak lagi kea tau ada rasa sakit contraction ke.. senang diorg monitor.. kalau air ketuban dah benti pun, doctor cakap kena stay lagi 3 hari utk make sure memang tak keluar lagi.. lagi 1, doctor cakap rasa sakit contraction lain sikit.. ada yg tak rasa sakit tau2 dah nak bersalin.. ada yg sakitnya kat bawah perut doctor cakap.. bukan mcm contraction biasa kalau kita cukup bulan.. so kalau kita kat rumah sangat bahaya la kalau tetiba dah nak terberanak takut tak sempat ke hospital.. lagi-lagi dengan keadaan baby yg terlalu kecik, memang kena terus diselamatkan dan bagi bantuan oksigen.. kalau semua tu terjadi kat rumah kan bahaya sangat.. Malam pertama tu Dilah kena amik suntikan Dexa dos ke2. So complete la suntikan Dexa ni dalam tempoh 24jam.

14  Mei 2020, Khamis (25w)

So bermalam la Dilah selama 3 malam di wad tu.. Wad tu pulak untuk ibu yg tengah tunggu masa nak bersalin. So jiran katil sebelah-sebelah kejap je bertukar-tukar.. kita ni je yg masih setia kat situ.. tapi entah kenapa Dilah memang takde rasa stress langsung.. nak kata sedih sangat pun tak.. takde menangis apa.. Dilah serahkan semuanya pada Allah.. so bila kita redha kita jadi tenang.. dan maybe Allah nak bagi Dilah rehat sekejap setelah berbulan stress kita kena pkp duk rumah ngan anak2 semua kita jadi penat kan.. kat wad tu pun dilah banyak teman kawan2 yang nak bersalin.. bagi kata2 semangat kat diorang.. yela, kan husband tak boleh teman time nak bersalin kan.. ehh.. dah jadi macam cheer leader pulak tau.. haha

15 Mei 2020, Jumaat (25w,1d)

Sepanjang 2 hari kat wad tu masih ada leaking sikit-sikit. Setiap kali nurse datang mereka akan tanya.. so just inform je la.. hari ke-3 Dilah bertukar katil kat bahagian luar pulak.. Kebetulan pulak petang tu kawan Dilah pun masuk wad sebab dah sakit nak bersalin. So sempat la Dilah borak2 dan tenangkan dia time dia rasa sakit.. tp time tu Dilah macam ada rasa mild contraction.. tp tu pun x sure ingat sakit perut ke.. Dilah banyak baring je sebab mcm tak larat. Rupanya sebab Dilah demam.. masa nurse check tu Dilah inform la. Nurse bagi paracetamol. Alhamdulillah.. tak lama lepas makan ubat tu Dilah dah tak panas lagi.. then pegi mandi.. lepas tu rasa lagi cergas.. haha.. time tu dah magrib, budak katil sebelah cakap kawan Dilah tu dah tolak kat depan nak diantar ke labor room.. so terus la Dilah pegi tengok dia.. temankan dia.. urut-urut belakang dia.. sampai muntah2 dia.. kesian sangat.. time tu nurse tengah berbuka kan.. so nurse biarkan dulu sementara tunggu labour room kosong.. dalam kul 8 lebih tu dia pun ditolak ke LB. Then Dilah balik katil.. solat dan rehat kat katil.. dalam kul 11 lebih tu macam dah ngantuk.. layan mata nak tido tapi macam susah nak tido..




16 Mei 2020, Sabtu (25w,2d)

12am – dari pukul 12 tengah malam Dilah dah mula rasa tak selesa.. rasa sakit perut.. tp tak pasti tu contraction ke apa.. rasa tak selesa la.. tak terlalu kuat tapi ada rasa sakit.. bila dilah pegi toilet tengok ada leaking lagi dan juga dah keluar darah sikit.. dah keluar tanda ke?? Sakit mula konsisten setiap 5 min sekali.. betul-betul konsisten.. time sakit tu pun memang rasa sakit contraction tp tak kuat sangat.. takdela sampai ke pinggang rasa sakit tu.. then Dilah rasa macam panas balik.. Dilah tunggu juga kot2 ada nurse lalu boleh la panggil.. tapi takde pulak dan dilah rasa macam boleh tahan lagi..
4.30am – masa ni biasa memang nurse akan round untuk check tekanan darah, check suhu badan dan juga heartbeat baby.. so time nurse nak check Dilah tu Dilah inform la rasa macam demam balik.. bila check suhu memang sah demam lagi.. then bagitau ada contraction.. ada keluar tanda.. nurse pun cakap nanti kita check.. nurse inform doctor.. time tu juga diorang tengah sahur kan.. so lepas sahur tu doctor datang check.. memang betul tu sakit contraction.. doctor buat VE dah 3cm. so doctor kata kena bersalin hari ni jugak sbb takut baby kena infection sbb Dilah dah demam..

6am – doctor inform labour room utk dapatkan bilik kosong.. then doctor explain detail keadaan anak.. dengan baby yg baru 25minggu, peluang baby untuk hidup 50-50 sebab baby terlalu kecil dan organ belum matang lagi. If berat baby bawah 500g biasanya memang baby tak dapat diselamatkan.. so doctor minta Dilah ready dengan sebarang kemungkinan.. Dilah call ayah wan bagitau yg Dilah dah nak bersalin.. terkejut ayah wan.. Dilah cakap tak payah rushing. Memandangkan anak2 pun ada kat rumah dan suami pun bukannya boleh teman masuk LB kan.. mujur jugak aritu ari sabtu kan.. jiran katil sebelah tolong Dilah kemas barang.. then Dilah minta pampers baby sehelai sbb memang langsung takde pampers lagi.. haha.. nasib baik la baju memang tak pakai kan…

7am – Dilah ditolak ke LB. masa tu sama sama jugak setiap 3 min.. rasa sakit makin kuat Cuma tak sampai ke pinggang.. dapat la Dilah rasa sakit sorang2 dalam LB tu sbb suami tak boleh teman kan.. dengar bilik sebelah terjerit2.. Dilah banyakkan berzikir untuk tenangkan diri.. doa banyak2 kat Allah berikan yg terbaik untuk Dilah dan baby.. memang Dilah tak meletakkan harapan yang tinggi.. Dilah ready dengan sebarang kemungkinan.. dari mula masuk LB tu memang nurse dah buat ECG.. Dengar la juga nurse dan doctor berborak tanya dah readykan incubator ke? 

7.45am – Dilah rasa sakit sangat.. nurse pun buat VE lagi.. FULL.. terus panggil doctor.. time tu mula la sesi nak push.. haha.. doctor cakap kalau ada rasa nak teran boleh teran. Kalau tak biar baby keluar sendiri. Sebab baby kecik kan.. mula2 memang Dilah tak teran sebab time tu takde rasa sakit kan.. tapi bila sakit datang cakap ngan nurse Dilah nak try teran. 1st teran tak Berjaya sbb macam dah lupa cam ne nak teran.. haha.. 2nd time teran baby terus keluar.. tu pun tak teran kuat sangat tau.. Alhamdulillah, Allah permudahkan Dilah bersalin.. tepat 7.49am baby pun keluar.. dilah sempat nampak rambut baby je.. nurse memang terus bawak lari baby untuk diselamatkan.. Time tu Dilah tak tau baby lahir hidup ke tidak sebab tak dengar suara baby menangis..

Memang Dilah dibiarkan dalam tu sorang-sorang.. lepas 5min baru nurse datang bgtau baby dah dihantar ke nicu.. time tu Dilah memang diam je tak berani dan takde kekuatan nak tanya keadaan baby.. time tu rasa kosong je.. takde rasa nak menangis ke apa.. nurse pun keluarkan uri dan settlekan Dilah.. then Dilah dibiarkan kat situ buat sementara.. memang rasa lain sungguh bersalin kali ni.. dah la bersalin tanpa suami teman.. then lepas bersalin pun baby tak ada disisi.. langsung takde koyak dan tak jahit langsung.. sakit pun tak kuat sangat..  Alhamdulillah, Allah permudahkan sangat.. lepas 2 jam kat labour room baru Dilah ditolak ke wad.. 

Macamana dengan baby?? Dilah pun tak tahu dan tak dapat info langsung pasal baby time tu… nak tahu pasal baby??? Tunggu next entry Dilah sambung ye…..




8 comments:

  1. bila baca kisah orang bersalin kan, kita turut rasa sakitnya bersalin walaupun belum pernah bersalin. Perjuangan seorang ibukan. Semoga kak dilah dan baby dayana sihat sejahtera dan dalam lindungan Allah selalu

    ReplyDelete
  2. Bila sebut pasal risiko ni, risiko baby mati tu yang paling menyeramkan bagi saya.. masa tu redha je apa doc nak buat

    ReplyDelete
  3. Pengorbanan seorang isteri..
    Sukar nak di gambarkan dan nak di tulis komen di sini...
    Moga Dilah dan baby sihat selamanya ..

    ReplyDelete
  4. Moga Dilah tabah dan baby Dayana Aleesya kuat :)

    ReplyDelete
  5. assalam.,
    Pengalaman bersalin yang menarik.

    ReplyDelete
  6. semoga baby & ibu sihat.. debar pulak nak besalin ni.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete