Ibu Dilah Ayah Wan dah 11 tahun - Ceritera Ibu

Ibu Dilah Ayah Wan dah 11 tahun

Ibu Dilah Ayah Wan dah 11 tahun | Assalamualaikum.. Pejam celik.. pejam celik.. tak sangka dah 11 tahun usia perkahwinan kami pada 5 Dec yang lepas.. Dah lepas fasa 10 tahun berkawen.. Dah tentu banyak cerita suka dan duka yang dikongsi bersama.. Naik turun ujian dan dugaan sudah kami harungi bersama.. Tahun ni paling banyak ujian dan juga kegembiraan buat kami..


Alhamdulillah.. 11 tahun berkahwin, kami dikurniakan 5 orang anak yang comel, sihat dan super aktif.. biasa lepas 10 tahun orang dah boleh rileks sebab anak dah besar kan.. Kami mungkin kena tunggu 5 tahun lagi baru Dilah boleh rilek sikit sebab sekarang ni masih ada baby kecik kan.. tapi alhamdulillah, si kakak dah banyak bantu Dilah..

Sejak dari awal kawen, kami memang hidup berdikari sendiri.. walau pun rumah MIL tu tak jauh sangat dari rumah, tapi jarang minta bantuan dari MIL terutama pasal anak-anak. Ya, ke mana sahaja kami pergi memang akan bawak anak-anak.. so memang jarang la sangat dapat peluang keluar berdua.. 


Tapi sejak musim covid dan juga kelahiran baby Dayana Aleesya, anak-anak semakin pandai berdikari.. kadang-kadang terpaksa tinggal mereka kat rumah sendiri sebab ibu ayah kena pergi hospital tengok baby atau ada follow up baby Dayana. time tu kan tak boleh bawak anak-anak keluar rumah.. so anak-anak pun dah dilatih untuk hidup berdikari..

Ahad lepas Dilah kena pegi hospital untuk ambil ubat baby Dayana Aleesya. Memandangkan sekarang ni kes covid di johor semakin meningkat dan kebetulan pulak urusan tu cuma untuk ambil ubat sahaja tanpa rawatan untuk baby, so Dilah decide untuk tak bawa baby sekali.. hantar rumah babysitter sahaja.. nasib baik babysitter ok. 1st time Dilah hantar anak masa weekend tau. so lepas balik dari hospital, kami pergi dating kejap.. haha.. 

Dilah ingatkan urusan amik ubat tu lama jugak sebab nak register dulu pun dah amik masak sejam sejam setengah kan.. tu belum tunggu amik ubat lagi.. tapi rupanya untuk amik ubat sahaja tak perlu register.. so pukul 9 pagi urusan dah siap.. Dilah plan nak pergi makan makanan korea KFry tu.. dah lama teringin nak makan tapi sebab anak ramai nak bawak dengan makanan jenis macam tu anak2 memang tak pandai makan. so terpaksa la pendam je nak makan kfry tu.. haha

Kononnya ni kek anniversary la.. manis leting pulak rasa kek ni..

Tapau untuk anak2 dulu

Memandangkan urusan ambil ubat habis awal, kami pergi IKEA dulu sebab kfry bukak pukul 11 pagi. Di IKEA, kami sarapan dan tapau meatball untuk anak-anak dulu..cakap ngan ayah wah jangan makan banyak-banyak, nanti nak makan lagi. haha.. niat hati nak berjalan sekejap dalam IKEA tu tapi takut lambat pulak.. so selesai makan kat IKEA, round TOPPEN sekejap je pastu terus keluar.. pegi KFry pulak..


Ni first time Dilah datang KFry.. Dilah memang nak makan Spicy Cheesy Fried Chicken Bumbuk tu je.. mula-mula ingat ada 1 set portion besar tu je.. rasa memang banyak sangat tu.. tp nasib baik sekarang ni dah ada portion untuk 2 orang makan.. so order yang tu je.. selain tu nak order makanan lain jugak tapi tak tau nak order apa.. so order je la apa yg nampak nak makan.. tp tak abis pun makan sbb kitorang baru makan kat ikea kan sebelum tu.. haha.. Alhamdulillah.. tercapai hasrat nak makan Kfry..




Alhamdulillah.. dapat luangkan masa bersama untuk setengah hari berdua pun dah syukur..  Semoga ikatan perkahwinan kami berkekalan sehingga ke jannah.. Diberkati dan dirahmati oleh Allah swt..






5 comments:

  1. Happy annyversary untuk both of you..semoga hingga ke jannah :). Bestnya makan2 di Kfry tuh

    ReplyDelete
  2. Alah.. bestnyaa.. dah 10 tahun kawen.. Happy Anniversary to both of you! Moga bahagia sampai syurga Allah...

    AMIN

    ReplyDelete
  3. Selamat anniversari
    Semoga kekal bahagia selamanya

    ReplyDelete
  4. Tahniah, happy anniversari Dilah dan Saumi...

    ReplyDelete
  5. alhamdulilah. happy anniversary.

    ReplyDelete