Rindu nak pergi holiday dengan family - Ceritera Ibu

Rindu nak pergi holiday dengan family

Rindu nak pergi holiday dengan family | Assalamualaikum semua.. Ya Allah.. lamanya Dilah tak update blog ni.. rindu sangat nak membebel kat blog ni.. tapi Dilah busy sangat sebelum ni bila kena work from home.. Ye la, dalam kita WFH kena settlekan juga urusan rumah, jaga anak-anak yang tak boleh ke sekolah dan PDPR lagi.. so memang busy sesangat tau.. Tapi InsyaAllah, lepas ni Dilah dah boleh aktif balik.. sebabbbbbbbbbbb Dilah dah resignnnn.. Ye, Dilah dah berhenti kerja dan dah berpindah ke Penang.. tu nanti Dilah share lain kali ya…

Dah setahun lebih covid ni melanda Negara.. bila rasa penat dan stress mula la rasa nak pergi bercuti.. rasa nak rehatkan badan dari pikir pasal kerja dan rumah.. nak rasa tenang-tenang tengok keindahan alam.. masa PKP 1.0 dulu Dilah dah plan ngan ayah wan nanti bila dah boleh rentas negeri nak cari tempat bercuti yang privacy sikit.. maklum la baby Dayana kan premature.. tak boleh nak bagi expose kat tempat-tempat yang sesak dan ramai orang. Sangat bahaya..


Masa Dilah tengah survey tu terpikir la nak cari hotel yang ada private pool. Tp bilik kena la besar sebab anak ramai kan.. haha.. Time tu terlintas pasal Lexis Hibiscus Port Dickson sebab Dilah suka dengan suite yang ada pool tu.. rasa privacy sikit. Lagipun kalau pergi bercuti ni dah confirm la anak-anak nak mandi pool kan.. so kalau dapat bilik yang siap pool tu rasa selamat la sikit kan.. takyah bercampur dengan orang ramai maklum la masa tu pun covid masih ada lagi kan.. kalau ikut plan tu nak pergi dalam bulan February atau Mac la.. sebab nak tunggu baby Dayana dah besar sikit la. Tapi sayangnya bulan Januari aritu start PKP semula.. dah tak dapat nak pergi Lexis Hibiscus PD tu..


Memandangkan dah pindah Penang ni pulak.. terpaksa la Dilah cari tempat lain yang berdekatan dengan Penang ni pulak.. nak senang survey je kat staycation.. banyak tempat best boleh pergi sekitar Penang ni.. kat area pulau tu pun banyak hotel-hotel yang best.. dalam list Dilah Langkawi, Cameron Highland.. eh memang tempat favourite Dilah tu… pergi banyak kali pun tak pe.. haha..

Tapi sekarang ni kes covid tinggi sangat kan.. nak keluar rumah pun takut.. apatah lagi nak pergi bercuti.. baik duduk rumah lagi selamat..  tapi kesian kat anak-anak dah boring lama sangat duduk rumah kan.. kena la buat aktiviti yang boleh bagi anak-anak seronok.. antara aktiviti yang boleh anak-anak lakukan bermain bersama adik-beradik dan ibu ayah.. Dilah belikan permainan seperti Saidina. Nampak mereka suka sangat main saidina tu bersama-sama.. Dilah boleh nampak kemahiran berfikir mereka untuk memasang strategi bagaimana nak beli rumah, nak beli asset lagi.. bagus untuk minda anak-anak.

contoh macam ni.. sumber dari google..

Selain tu boleh buat aktiviti berkhemah dengan anak-anak di dalam rumah atau luar rumah. Macam rumah sewa Dilah yang baru ni kawasan hall agak besar.. tempat parking pun besar. So boleh la buat aktiviti berkhemah dengan anak-anak.. khemah yang ada ni pun besar boleh memuatkan 4 orang dewasa.. boleh buat aktiviti masak-masak yang simple contohnya buat sandwich, masak roti telur, buat kek-kek yang mudah dan banyak lagi. Anak-anak akan berasa happy bila masa mereka terisi dengan aktiviti.

Mudah-mudahan cepat la virus covid yang jahat ni terhapus dari muka bumi.. rindu nak buat aktiviti seperti dulu. Bebas berjalan dan bercuti bersama keluarga di mana-mana sahaja.. Semoga Allah lindungi kita semua dari penyakit merbahaya ini..

 

8 comments:

  1. rindu kan ibu , nak jenjalan cuti2 dengan keluarga, family day macam dulu2 .. terus kan kita berdoa semoga semua ini akan segera berakhir dan mengembalikan kepada kehidupan kita yang sedia kala..aamiin

    ReplyDelete
  2. arapnya nt kita blh jalan2 lg.. ank dh byk kali tnya bila blh tido hotel.. bila blh pegi jalan2.. rindunya nk jalan2 kat tmpt org.. huu..

    best jgk berkhemah.. menarik aktiviti ni.. hihi

    ReplyDelete
  3. Whoaa.. dah banyak masa nak berblogging niii.. niceee.. hehe... Sama lerrr kita... rinduuu jugak nak holidayyyyy... Bukan anak anak je... yg dewasa ni pun tepuu dan bosan tak dapat gi bercuti jalan sana sini.... Stayyy homeee terusss...

    ReplyDelete
  4. www.nonwovenbagmalaysia.com.my/ www.magspremiums.com
    MAGS PREMIUM GIFTS SDN BHD We specialize in premium and corporate gifts printing (cenderamata korporat) , Welcome to custom made your own design on the gifts. Example: non woven bags, tshirt, lanyard, keychain, etc...

    ReplyDelete
  5. seronoknya dilah dapat bercuti macam ni.

    ReplyDelete
  6. Bestnya dapat bercuti macam ni kan sis. Anak-anak la yang lebih seronoknya lepas lama terkurung dirumah sebab pandemik.

    ReplyDelete
  7. Clearly, It is an engaging article for us which you have provided here about.san antonio contractors This is a great resource to enhance knowledge about it. Thank you.

    ReplyDelete
  8. I believe this post is very useful. Thank you for sharing this with us! chimney repair brookline ma

    ReplyDelete